Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Jun 2025.
Pihak berkuasa mengisytiharkan seluruh kawasan pusat bandar Los Angeles sebagai zon "perhimpunan haram" selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan penguat kuasa tercetus buat hari ketiga berturut-turut, susulan tindakan keras terhadap imigresen yang diarahkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Gabenor California Gavin Newsom menggesa Ketua Pentagon Pete Hegseth membatalkan penempatan Pasukan Pengawal Kebangsaan di Los Angeles susulan protes terhadap dasar imigresen kerajaan Amerika Syarikat (AS).
China melaksanakan dasar pengecualian visa secara percubaan bagi pemegang pasport biasa dari Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Bahrain mulai hari ini.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan di Gaza hampir lumpuh sepenuhnya, susulan tindakan genosid yang dilakukan oleh pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah itu selama lebih setahun setengah.
urucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM), Hussein Al-Qahtani memaklumkan, musim haji tahun ini, 1446 Hijrah menandakan berakhirnya musim haji yang berlangsung pada bulan-bulan musim panas.
Timbalan Gabenor Wilayah Mekah merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Haji dan Umrah, Putera Saud bin Mishaal bin Abdulaziz pada Ahad mengumumkan kejayaan musim haji tahun ini (1446 Hijrah) dari aspek keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan.
Tentera Israel telah menaiki dan merampas kapal bantuan Madleen, yang dalam perjalanan ke Gaza, membawa aktivis terkenal Greta Thunberg serta beberapa aktivis lain.
Mahkamah Tinggi Seoul telah menangguhkan perbicaraan Presiden Lee Jae-myung mengenai dakwaan pelanggaran Akta Pilihan Raya Pegawai Awam, dengan keputusan penangguhan dibuat tanpa tarikh baharu untuk perbicaraan selanjutnya.
Tentera Rusia telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas ibu kota Ukraine, Kiev, pada awal pagi Isnin, dengan Ukraine mengaktifkan sistem pertahanan udara bagi menangkis serangan tersebut.
Tentera Israel mengumumkan bahawa mereka telah menemui sebuah terowong bawah tanah di Hospital Eropah di Gaza, yang didakwa digunakan sebagai pusat kawalan oleh Hamas.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

