awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor California desak batal penempatan Pasukan Pengawal Kebangsaan di Los Angeles

Bernama
Bernama
09/06/2025
09:51 MYT
Gabenor California desak batal penempatan Pasukan Pengawal Kebangsaan di Los Angeles
Tindakan serbuan oleh Jabatan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) AS bagi mengenal pasti pendatang tanpa izin di pusat bandar Los Angeles pada 7 Jun telah mencetuskan pertembungan dengan para penunjuk perasaan. - AP
MOSCOW: Gabenor California Gavin Newsom menggesa Ketua Pentagon Pete Hegseth membatalkan penempatan Pasukan Pengawal Kebangsaan di Los Angeles susulan protes terhadap dasar imigresen kerajaan Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti.
Tindakan serbuan oleh Jabatan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) AS bagi mengenal pasti pendatang tanpa izin di pusat bandar Los Angeles pada 7 Jun telah mencetuskan pertembungan dengan para penunjuk perasaan.
Pada hari sama, Newsom turut mengugut bahawa negeri itu mungkin enggan membayar cukai persekutuan sekiranya pentadbiran Presiden AS Donald Trump melaksanakan pemotongan besar-besaran terhadap dana persekutuan untuk California. Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt berkata pada 8 Jun bahawa 2,000 pasukan Pengawal Kebangsaan akan dikerahkan ke bandar itu berikutan protes yang berlaku.
"Saya telah secara rasmi meminta pentadbiran Trump menarik balik penempatan tentera yang tidak sah di daerah Los Angeles dan menyerahkan semula kawalan kepada saya," kata Newsom menerusi platform X.
Selain itu, Gabenor California menyifatkan keputusan kerajaan persekutuan sebagai satu pelanggaran terhadap hak kedaulatan negeri.
California secara tradisinya dianggap sebagai kubu kuat parti Demokrat dan sering dikritik oleh Trump. Bulan lalu, beliau mengancam untuk memotong pembiayaan negeri itu susulan penyertaan seorang atlet transgender (pergerakan LGBT diisytihar sebagai pelampau dan diharamkan di Rusia) dalam kejohanan sukan. Sebelum ini, pentadbiran beliau turut membatalkan projek pencegahan banjir bernilai US$126.4 juta dan mengkritik pengurusan kebakaran hutan oleh California.
Selepas upacara angkat sumpah pada 20 Jan, dalam ucapan pertamanya sebagai Presiden AS ke-47, Trump berikrar untuk segera menghentikan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara itu serta memulakan proses pengusiran jutaan migran.
Beliau juga mengisytiharkan darurat kebangsaan berhubung situasi di sempadan selatan AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#protes
#Los Angeles
#pasukan pengawal kebangsaan
#dasar imigresen
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Gabenor California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan