DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Jun 2025.
1. Iran desak mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung serangan Israel
Iran menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) susulan serangan udara Israel ke atas beberapa tapak nuklear dan kawasan awam di seluruh negara itu awal pagi Jumaat.
2. Nahas Air India: Bekas Ketua Menteri Gujarat dipercayai antara terkorban
Bekas Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani, dipercayai antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India.
3. Amerika Syarikat komited terus sokong ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia - Duta AS
Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmennya terhadap peranan utama ASEAN dalam hal ehwal serantau dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menjelang beberapa siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan ASEAN yang akan dianjurkan oleh negara ini hujung tahun ini.
4. Gempa bumi burukkan kemiskinan di Myanmar - Bank Dunia
Bank Dunia berkata kemiskinan kekal menjadi kebimbangan utama di Myanmar selepas gempa bumi menjejaskan pertumbuhan ekonomi, mengakibatkan 17 juta penduduk menghadapi kesusahan ekonomi.
5. Bekalan elektrik, internet, filem dijadikan alat strategik dalam pertikaian sempadan Kemboja-Thailand
Di tengah-tengah ketegangan berterusan di sempadan dengan Thailand, Kemboja mengambil langkah memastikan bekalan elektrik dan internet sendiri susulan ancaman pemotongan perkhidmatan itu, dengan Perdana Menteri Hun Manet menegaskan bahawa keselamatan tenaga negara itu tidak akan dikompromi.
6. Usaha politik satu-satunya pendekatan selesai isu nuklear Iran - Duta China
Usaha politik dan diplomatik merupakan satu-satunya pendekatan yang wajar bagi menyelesaikan isu nuklear Iran, kata wakil tetap China ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Li Song.
7. Pesawat Air India lakukan pendaratan cemas di Phuket akibat ancaman bom
Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan dari pulau peranginan Phuket, Thailand ke Delhi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Jumaat susulan ancaman bom, menurut pihak berkuasa Lapangan Terbang Phuket.
8. Mahkamah halang sementara Trump kerah Pengawal Kebangsaan ke Los Angeles
Sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengeluarkan perintah sementara yang menghalang Presiden Donald Trump daripada mengerahkan anggota Pengawal Kebangsaan ke Los Angeles, susulan saman yang difailkan oleh pemimpin Parti Demokrat berhubung tindakan keras terhadap dasar imigresen.
9. Israel serang Iran: Jordan tutup ruang udara, hentikan penerbangan
Jordan pada Jumaat mengumumkan penutupan sementara ruang udaranya, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.
10. Malaysia alu-alukan sokongan jelas, padu masyarakat antarabangsa terhadap Palestin
Malaysia mengalu-alukan sokongan jelas dan padu masyarakat antarabangsa terhadap Palestin yang dizahirkan melalui sokongan Resolusi Sesi Tergempar ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan pada 12 Jun di New York.
Dapatkan berita terkini di sini