awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Air India: Bekas Ketua Menteri Gujarat dipercayai antara terkorban

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2025
10:18 MYT
Nahas Air India: Bekas Ketua Menteri Gujarat dipercayai antara terkorban
"Vijay Ramniklal Rupani" ialah penumpang ke-12 dalam dan berada di zon Z, iaitu termasuk dalam kategori Kelas Perniagaan - Foto/Reuters
BEKAS Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani, dipercayai antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India.
Menurut dokumen senarai penumpang yang diakses oleh India Today Digital, "Vijay Ramniklal Rupani" ialah penumpang ke-12 dalam senarai itu dan berada di zon Z, iaitu termasuk dalam kategori Kelas Perniagaan.
"Ya, saya telah menerima berita bahawa pesawat itu telah terhempas, dan Vijay Rupani berada di atas kapal. Tetapi belum ada yang disahkan lagi. Kami amat bimbang. Kami tinggal bersebelahan. Kami berjiran sejak 1988.
"Kami seperti keluarga. Suami saya adalah doktor keluarga mereka dan sangat rapat dengan mereka. Saya tidak percaya ini telah berlaku," kata seorang wanita dikenali sebagai bernama Kiran kepada agensi berita ANI.
Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner yang dalam perjalanan ke London Gatwick itu membawa 242 orang, termasuk 230 penumpang dan 12 anak kapal.
Setakat ini, nahas tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 265 orang, menjadikannya tragedi penerbangan paling dahsyat di India dalam tempoh lebih sedekad.
Pesawat tersebut terhempas ke kawasan perumahan di Meghani Nagar, menghentam asrama petugas perubatan berdekatan menyebabkan kematian tambahan di darat.
Antara mangsa terkorban termasuk beberapa kakitangan perubatan dan seorang wanita hamil.
Satu-satunya penumpang yang terselamat ialah seorang warganegara British, Vishwash Kumar Ramesh, yang kini dirawat di hospital tempatan.
Topic Berkaitan
#nahas Air India
#Korban pesawat Air India
#berita luar negara
#Vijay Ramniklal Rupani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan