DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/06/2025 | 15:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Jun 2025.


1. Gaza terus bermandi darah ketika Israel serang Iran, angka korban kini hampir 56,000

Sejumlah 39 kematian dan 317 kecederaan dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.



2. Parlimen Iran akan luluskan rang undang-undang gantung kerjasama dengan IAEA

Parlimen Iran merancang untuk meluluskan satu rang undang-undang bagi menggantung kerjasama dengan (IAEA disebabkan pendiriannya yang bersifat politik.


3. Perancis tekad iktiraf negara Palestin - Menteri Luar

Jean-Noel Barrot mengulangi gesaan Perancis agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk segera ke Gaza serta pembebasan semua tawanan.


4. Iran lancar peluru berpandu Kheibar Shekan dalam serangan terbaharu ke atas Israel

Dalam operasi ini, peluru berpandu Khyber digunakan buat kali pertama dengan taktik baharu yang mengejutkan untuk mencapai ketepatan, kemusnahan, dan keberkesanan yang lebih tinggi.


5. Menteri Luar Sepanyol gesa EU kenakan sekatan ke atas Israel

Penggantungan perkongsian EU-Israel memerlukan sokongan majoriti sekurang-kurangnya 15 negara anggota yang mewakili 65 peratus daripada populasi EU.


6. [KOLUMNIS] Krisis nuklear Iran: Pintu gerbang kepada malapetaka global

Serangan Amerika Syarikat ke atas fasiliti nuklear Iran menandakan titik perubahan sejarah yang boleh mengubah lanskap geopolitik dunia selama-lamanya.


7. Bekalan elektrik di selatan Israel terjejas susulan bedilan peluru berpandu Iran

Syarikat Elektrik Israel (IEC) mengesahkan serangan itu mengenai kawasan berhampiran kemudahan penting dan menyebabkan gangguan kuasa di beberapa lokasi.


8. Wakil China kecam serangan AS terhadap Iran

Fu menegaskan saluran diplomatik masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dan China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.


9. Indonesia siasat ancaman bom terhadap dua penerbangan haji Saudia Airlines

Ancaman yang diterima pada Sabtu itu melibatkan penerbangan SVA 5688 bagi laluan Jeddah-Muscat-Surabaya yang membawa 376 jemaah haji.


10. Iran lancar serangan bertubi-tubi, beberapa lokasi Israel terjejas

Siren amaran serangan udara turut dibunyikan di seluruh kawasan tengah dan selatan Israel, termasuk di Knesset, menyebabkan ahli parlimen terpaksa berlindung di lokasi perlindungan bawah tanah.




#Israel #Indonesia #Palestin #Parlimen #Gaza #Haji