Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 27/06/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Jun 2025.


1. Jumlah kenderaan elektrik global cecah 56 juta - Laporan

Jumlah kenderaan elektrik di seluruh dunia meningkat kira-kira satu pertiga tahun lepas kepada 55.8 juta unit, dengan China mencatatkan lebih 50 peratus daripada jumlah itu iaitu 31.4 juta unit.



2. Eropah ada pengaruh dalam perbincangan AS-Iran - Menteri Luar Jerman

Menteri Luar Jerman Johann Wadephul berkata beliau percaya Eropah berada dalam kedudukan kukuh untuk rundingan berpotensi dengan Iran mengenai program nuklear negara itu.


3. Pihak berkuasa Thailand nyah aktif empat bom di Phuket, tahan suspek

Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu.


4. Telefon bimbit Trump mungkin tidak lagi 'made in USA'

Telefon bimbit jenama Trump tidak lagi dipromosikan sebagai "Dibuat di Amerika Syarikat" seperti ketika idea itu dilancarkan.


5. Piagam PBB bukan menu a-la-carte - Guterres

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis menegur amalan pemilihan terpilih dalam penerapan Piagam PBB.


6. EU pertimbang ganti WTO

Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan pengganti kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang kini hampir lumpuh.


7. Kru Shenzhou-20 berjaya lakukan EVA kali kedua

Kru Shenzhou-20 berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) buat kali kedua mereka di stesen angkasa lepas pada Khamis, kata Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).


8. Jepun laksana hukuman mati pembunuh bersiri babitkan 9 mangsa

Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh sembilan individu dalam satu kes pembunuhan bersiri pada 2017 di Zama, wilayah Kanagawa, telah dihukum mati.


9. Kerajaan India analisis data kotak hitam pesawat terhempas

Analisis terhadap data Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR) sedang dijalankan.


10. Myanmar berusaha ganti tanaman candu dengan tanaman tunai

Ketidakstabilan politik serta tekanan ekonomi yang meningkat mendorong petani di kawasan pergunungan terpencil untuk menanam pokok candu.





#berita pilihan #antarabangsa #Antonio Guterres #pesawat terhempas