awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Thailand nyah aktif empat bom di Phuket, tahan suspek

Bernama
Bernama
27/06/2025
11:45 MYT
Pihak berkuasa Thailand nyah aktif empat bom di Phuket, tahan suspek
Polis menemui empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu. - Gambar fail/ Reuters
BANGKOK: Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu, lapor akhbar Bangkok Post pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di Lapangan Terbang Phuket serta lokasi pelancongan popular seperti Pantai Patong dan Tanjung Phromthep.
  • Dua suspek dari Pattani ditahan dan mendedahkan lokasi bahan letupan, namun motif mereka masih belum diketahui.
  • Lapangan Terbang Phuket menasihatkan pengembara supaya memperuntukkan masa tambahan untuk daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan susulan insiden tersebut.

Sebuah motosikal yang dipasang bahan letupan ditemukan di lapangan terbang pada Rabu, manakala dua peranti ditemukan di Pantai Patong di pantai barat dan satu lagi di Tanjung Phromthep di hujung selatan pulau tersebut.
Pada Selasa, polis menahan dua suspek yang kemudian mendedahkan maklumat mengenai lokasi bahan letupan yang ditanam, menurut akhbar Khaosod. Suspek tersebut dilaporkan berasal dari wilayah Pattani di selatan Thailand. Motif mereka masih belum diketahui.
Lapangan Terbang Phuket menasihatkan para pengembara supaya memperuntukkan masa tambahan untuk urusan daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#serangan bom
#Phuket
#bom di Phuket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan