DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 11/07/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Julai 2025.


1. Malaysia, ASEAN gesa negara Asia Timur hentikan 80 tahun ‘kekebalan’ Israel

Malaysia dan ASEAN menggesa peserta Forum Asia Timur, termasuk kuasa global seperti Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia untuk menghentikan konflik di serata dunia, termasuk kekejaman rejim Zionis Israel di Palestin.



2. Kanada teruskan rundingan perdagangan dengan AS sehingga tarikh akhir baharu 1 Ogos - PM

Kanada akan meneruskan rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) sehingga tarikh akhir baharu pada 1 Ogos, kata Perdana Menteri Mark Carney.


3. Kemboja lulus pindaan perlembagaan lucut kewarganegaraan terhadap pengkhianat

Perhimpunan Kebangsaan Kemboja sebulat suara meluluskan draf pindaan perlembagaan bagi melucutkan kewarganegaraan individu yang melakukan pengkhianatan atau bekerjasama dengan pihak asing untuk melemahkan kerajaan.


4. Lavrov, Rubio bertemu di luar Sidang Kemuncak Asia Timur di KL

Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio mengadakan pertemuan ringkas di sela-sela Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur.


5. Pertemuan dengan China bukan satu rundingan - Rubio

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menyifatkan pertemuannya dengan Menteri Luar China, Wang Yi, sebagai sangat membina dan penting untuk kestabilan hubungan dua hala antara kedua-dua kuasa besar dunia itu.


6. Presiden Trump dan isteri akan lawat zon banjir Texas pada Jumaat

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadualkan melawat kawasan bencana banjir di Texas bersama Wanita Pertama Melania pada Jumaat, seminggu selepas banjir kilat yang telah meragut lebih 100 nyawa.


7. Tindakan AS kenakan tarif terhadap negara lain dianggap satu sekatan - Lavrov

Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Jumaat menyifatkan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas negara lain sebagai satu bentuk sekatan.


8. Palestin gesa CEAPAD ambil pendirian politik lebih padu hadapi krisis

Palestin menggesa negara anggota Persidangan Kerjasama antara Negara-negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) untuk mengambil pendirian lebih padu dan bersatu terhadap dimensi politik berkaitan krisis itu, melangkaui bantuan pembangunan dan bantuan teknikal.


9. China dakwa 21 dalang utama kumpulan jenayah penipuan telekomunikasi di utara Myanmar

China telah mendakwa 21 anggota utama sindiket penipuan telekomunikasi yang beroperasi di utara Myanmar atas pelbagai pertuduhan, termasuk penipuan, operasi kasino haram, pembunuhan, penghasilan dadah dan kesalahan lain, mengikut undang-undang China.


10. Hakim Persekutuan AS halang perintah Trump hapus kewarganegaraan melalui kelahiran

Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis sekali lagi menghalang pentadbiran Trump daripada menguatkuasakan perintah eksekutif yang menamatkan pemberian kewarganegaraan secara automatik kepada bayi yang lahir di AS.


#berita pilihan #antarabangsa #ASEAN #Donald Trump