awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan dengan China bukan satu rundingan - Rubio

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
11/07/2025
10:59 MYT
Pertemuan dengan China bukan satu rundingan - Rubio
Menurut Rubio, pertemuan seperti ini memberi ruang membina kepercayaan selain mengelakkan salah faham antara kedua-dua pihak yang berperanan besar dalam sistem global. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menyifatkan pertemuannya dengan Menteri Luar China, Wang Yi, sebagai sangat membina dan penting untuk kestabilan hubungan dua hala antara kedua-dua kuasa besar dunia itu.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Negara AS Marco Rubio menyifatkan pertemuannya dengan Menteri Luar China Wang Yi sebagai sangat membina dan penting untuk kestabilan hubungan dua hala, walaupun ia bukan rundingan rasmi.
  • Rubio menekankan kepentingan komunikasi berterusan antara AS dan China untuk membina kepercayaan dan mengelakkan salah faham, demi manfaat sistem global secara keseluruhan.
  • Beliau turut mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah menerima jemputan untuk melawat China dan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping sedang dirancang, bergantung kepada penetapan tarikh yang sesuai.

Malah Rubio menekankan bahawa pertemuan tersebut bukanlah satu rundingan.
“Ia bukan satu rundingan rasmi, tetapi satu pertemuan yang amat bermakna.
“Penting bagi Amerika dan China untuk terus mengadakan perbincangan yang produktif serta menjalin komunikasi yang tetap,” katanya.
Rubio berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bilateral dengan beberapa wakil negara di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Jumaat.
Tambah Rubio, pertemuan seperti ini memberi ruang membina kepercayaan selain mengelakkan salah faham antara kedua-dua pihak yang berperanan besar dalam sistem global.
“Kami berasa sangat baik mengenainya (pertemuan dua hala) dan berharap dapat membina asas ini untuk terus menstabilkan hubungan dua hala. Ini akan memberi manfaat kepada dunia keseluruhannya,” katanya lagi.
Pada masa sama, ketika menjawab soalan mengenai perancangan penganjuran Sidang Kemuncak antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping, Rubio mengesahkan bahawa Trump telah menerima jemputan untuk melawat China.
“Presiden mahu lawatan itu direalisasikan dan kami sedang berusaha mencari tarikh yang sesuai.
“Saya pasti ia akan berlaku kerana kedua-dua pemimpin mahukannya (pertemuan berlangsung),” katanya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Marco Rubio
#China
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan