DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/07/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Julai 2025.


1. Trump umum perjanjian perdagangan 'besar-besaran' dengan Jepun

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan satu perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai “terbesar pernah dibuat” dengan Jepun, melibatkan pelaburan bernilai AS$550 bilion ke dalam ekonomi AS dan pengenaan tarif timbal balas sebanyak 15 peratus ke atas barangan Jepun.



2. Lebih 100 badan bantuan dan hak asasi seru tindakan global ketika kebuluran meluas di Gaza

Lebih 100 organisasi bantuan dan hak asasi manusia menyeru tindakan segera daripada kerajaan-kerajaan dunia ketika kebuluran semakin meruncing di Gaza, dengan ribuan rakyat Palestin kini berdepan pilihan tragis iaitu kelaparan atau ditembak ketika mencari makanan.


3. Dua insiden babitkan pesawat Air India dalam tempoh 24 jam cetus kebimbangan

Syarikat penerbangan Air India berdepan dua insiden berasingan dalam tempoh 24 jam melibatkan pesawat penumpang mereka.


4. Malaysia ucap takziah tragedi pesawat terhempas di sekolah di Bangladesh - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah susulan insiden jet pejuang tentera Bangladesh terhempas ke sebuah sekolah di Dhaka, semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nyawa.


5. Lebih 3,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin bersama Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memaklumkan bahawa jumlah tahanan pentadbiran, termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin di penjara Israel melebihi 3,600 orang setakat awal Julai, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).


6. Bintang K-pop G-Dragon dilantik Duta Kehormat Sidang Kemuncak APEC

Bintang K-pop terkenal, G-Dragon dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan berlangsung di Gyeongju pada Oktober ini, umum Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok.


7. Iran sedia hadapi perang baharu dengan Israel - Presiden Masoud Pezeshkian

Iran bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk serangan ketenteraan baharu daripada Israel, tegas Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.


8. Hokkaido catat rekod suhu panas, amaran strok haba dikeluarkan

Wilayah Hokkaido di utara Jepun mencatatkan suhu luar biasa tinggi pada Rabu, dengan lapan bandar dan sebuah bandar raya merekodkan suhu tertinggi sejak data rasmi mula dikumpul pada 1977.


9. Dua lagi terbunuh, korban wartawan di Gaza meningkat kepada 231

Pejabat Media Kerajaan Gaza mengesahkan dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel.


10. Menteri Budaya Perancis, bekas CEO Renault akan dibicara atas tuduhan rasuah

Dua tokoh terkenal Perancis, Menteri Budaya Rachida Dati dan bekas Ketua Eksekutif Renault-Nissan Carlos Ghosn, telah diarahkan oleh hakim untuk dibicarakan atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, menurut sumber kehakiman rasmi.


#berita pilihan #antarabangsa #Gaza #Palestin