DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 28/07/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Julai 2025.


1. Mesyuarat khas berjaya, Thai-Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta

Thailand dan Kemboja mencapai persefahaman untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat mulai tengah malam ini bagi menghentikan ketegangan di sempadan kedua-dua negara.



2. Pegawai AS di Malaysia untuk rundingan damai Kemboja-Thailand - Rubio

Pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berada di Malaysia bagi membantu rundingan damai peringkat tertinggi antara Kemboja dan Thailand yang dijadual berlangsung pada Isnin dalam usaha mencapai gencatan senjata segera, kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio.


3. Menteri Luar Iran dakwa terselamat daripada cubaan bunuh semasa perang 12 hari dengan Israel

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Ahad mendedahkan bahawa beliau terselamat daripada cubaan bunuh ketika konflik 12 hari antara Iran dan Israel baru-baru ini.


4. Arab Saudi umum inisiatif lanjut visa lawatan tamat tempoh selama 30 hari

Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi mengumumkan inisiatif untuk melanjutkan semua jenis visa lawatan yang tamat tempoh bagi tujuan meninggalkan negara itu.


5. Juruterbang Jeju Air didakwa matikan enjin masih berfungsi sebelum nahas

Juruterbang pesawat Jeju Air yang terlibat nahas pada Disember lalu dipercayai telah mematikan enjin yang masih berfungsi selepas insiden pelanggaran burung.


6. Lima penduduk Kyiv cedera akibat serangan udara Rusia

Sekurang-kurangnya lima orang cedera dan sebuah bangunan kediaman mengalami kerosakan dalam satu serangan udara oleh Rusia ke atas ibu negara Ukraine, Kyiv, awal pagi Isnin.


7. Singapura, Indonesia, Malaysia berdepan risiko jerebu rentas sempadan pada 2025 - Laporan

Singapura, Indonesia dan Malaysia berdepan risiko sederhana berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk sepanjang baki tahun ini, menurut penilaian yang dikeluarkan oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) pada Isnin, lapor Xinhua.


8. Kadar kekurangan zat makanan di Gaza capai tahap membimbangkan - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa kadar kekurangan zat makanan di Gaza telah mencapai tahap yang membimbangkan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).


9. Penduduk Kristian Palestin di Taybeh diserang, tindakan pelampau Israel dikecam

Sekumpulan pelampau Israel dilapor menyerang kampung Taybeh, sebuah penempatan Kristian Palestin di Tebing Barat yang diduduki, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 2 pagi Ahad.


10. PM Anwar tiba di Jakarta untuk rundingan tahunan bersama Prabowo

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-13 bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung esok.



#berita pilihan #antarabangsa #konflik Thailand-Kemboja #gencatan senjata