DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 16/09/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 September 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 September 2025.


1. Pemimpin Teluk desak mesyuarat pertahanan segera selepas serangan Israel ke atas Qatar

Pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menggesa agar Mesyuarat Majlis Pertahanan Bersama diadakan segera.


2. Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Qatar beri amaran kepada Israel

Sidang kemuncak itu menegaskan, pencerobohan Israel "menjejaskan sebarang peluang mencapai keamanan di rantau ini."

3. Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam: Emir Qatar kecam Israel, ikrar pertahan kedaulatan negara

Sheikh Tamim kecam serangan Israel sebagai "terang-terangan, khianat dan pengecut" dan cuba menggagalkan rundingan gencatan senjata Gaza.


4. Malaysia akan tegaskan pendirian dalam isu Gaza kepada Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini - PM

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited untuk membawa suara solidariti Palestin di platform serantau itu bagi menarik perhatian pemimpin kuasa besar dunia.

5. Suruhanjaya PBB isytihar Israel lakukan jenayah genosid di Gaza

Laporan setebal 72 muka surat itu menyatakan bahawa Israel telah melaksanakan empat daripada lima tindakan yang ditakrifkan sebagai genosid di bawah Konvensyen Genosid 1948.


6. Netanyahu tidak tolak serangan lanjut ke atas pemimpin Hamas di luar negara

Netanyahu menegaskan bahawa "tiada kekebalan bagi pengganas di mana sahaja mereka berada".


7. China dakwa tahan kapal Filipina di terumbu Laut China Selatan yang dipertikai

Tindakan itu berlaku ketika ketegangan antara kedua-dua negara semakin meningkat berhubung hak pelayaran dan kedaulatan wilayah.

8. Indonesia umum pakej rangsangan ekonomi hampir AS$1 bilion

Kerajaan akan menyalurkan bantuan beras sebanyak 10 kilogram kepada 18.3 juta isi rumah pada suku keempat.


9. Pemandu gig Indonesia rancang protes besar-besaran, tuntut perlindungan undang-undang

Protes kali ini dijangka melibatkan di antara 2,000 dan 5,000 peserta, dengan rancangan untuk demonstrasi lebih besar dalam bulan-bulan akan datang.

10. Tentera AS musnahkan bot dadah Venezuela, tiga terbunuh

Serangan "kinetik" itu dilakukan atas arahan Trump terhadap "kartel dadah dan pengganas narkotik yang sangat ganas".




#berita pilihan #antarabangsa #gencatan senjata #Laut China Selatan