[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 30/09/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang 30 September 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 30 September 2025.


1. Trump umum Netanyahu setuju laksana gencatan senjata di Gaza

Pelan damai itu merangkumi gencatan senjata, pembebasan tebusan sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin, pengunduran tentera Israel dari Gaza.



2. Ini 20 cadangan Trump, Netanyahu untuk Palestin

Kedua-dua pihak kini "terlalu hampir" untuk mencapai penyelesaian, dengan pelan tersebut merangkumi aspek keselamatan, kemanusiaan, ekonomi dan politik.


3. Palestin ancaman keselamatan Israel, Hamas kena tunduk syarat Trump – Netanyahu

Netanyahu menolak penubuhan negara Palestin dan menyifatkannya sebagai ancaman besar kepada Israel.


4. Benjamin Netanyahu mohon maaf pada Doha, janji tidak akan serang Qatar lagi

Netanyahu kesal dengan serangan oleh rejim Zionis yang menyasarkan pemimpin Hamas di Qatar, namun, secara tidak sengaja membunuh seorang anggota pasukan keselamatan Qatar.


5. Bekas PM Britain, Tony Blair dilantik oleh Trump pantau Gaza selepas gencatan senjata

Sir Tony Blair dinamakan sebagai anggota pertama "Lembaga Keamanan" yang diberi mandat mengurus pentadbiran sementara Gaza sebaik sahaja pertempuran dihentikan.


6. Palestin hargai usaha damai Trump, sahkan kesediaan bekerjasama dengan AS akhiri perang Gaza

Kenyataan pejabat presiden Palestin menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan AS dan pihak berkaitan bagi mencapai perdamaian.


7. Qatar, Mesir, UAE antara negara sokong cadangan Trump akhiri perang Gaza

Negara-negara berkenaan sedia untuk "terlibat secara positif dan konstruktif" demi memuktamadkan perjanjian dan memastikan ia dilaksanakan.


8. Tarif Trump ke atas cip Malaysia boleh jejas bekalan global, industri AS

Amerika Syarikat (AS) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum mengenakan tarif menyeluruh ke atas eksport semikonduktor Malaysia yang boleh menjejaskan bekalan global serta industri negara maju itu.


9. Misi Global Sumud Flotilla bakal masuk 'zon merah' dalam tempoh 28 jam

Misi Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka memasuki 'zon merah' dalam tempoh 28 jam dari sekarang iaitu kira-kira jam 7 malam waktu Malaysia esok.


10. Break The Siege: Kapal Conscience berlepas dari Itali, bawa wartawan antarabangsa ke Gaza

Misi memecahkan kepungan haram Israel di Gaza diteruskan dengan Kapal Conscience, yang dijadual berlepas dari Porto Otranto, Itali, hari ini.



#berita pilihan #antarabangsa #Benjamin Netanyahu #gencatan senjata