DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/10/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Oktober 2025.
KUALA LUMPUR: Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 23 Oktober 2025.


1. Trump batal perjumpaan dengan Putin

'Kami telah membatalkan pertemuan dengan Presiden Putin. Saya rasa ia tidak sesuai untuk diteruskan', kata Trump kepada wartawan.



2. Putin tidak hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, diwakili Timbalan PM Rusia - Anwar

Putin mengesahkan beliau tidak akan hadir kali ini sebaliknya mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun berikutnya.


3. Modi sertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara dalam talian - PM Anwar

Anwar berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu ketika menerima panggilan telefon daripada Modi malam tadi.


4. AS dan China adakan rundingan perdagangan dua hari di Malaysia

Amerika Syarikat (AS) dan China akan mengadakan satu lagi pusingan rundingan perdagangan peringkat tinggi hujung minggu ini di Malaysia.


5. Israel lulus bacaan awal rang undang-undang pengambilalihan Tebing Barat

Undian 25-24 itu berlaku meskipun ditentang oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan parti Likud.


6. ICJ putuskan Israel wajib bantu operasi Palang Merah dan negara ketiga di Gaza

ICJ memutuskan bahawa Israel diwajibkan di bawah Konvensyen Geneva untuk bersetuju dan memudahkan skim bantuan yang disediakan oleh negara ketiga dan kumpulan kemanusiaan.


7. Perbendaharaan AS kenakan sekatan terhadap syarikat minyak utama Rusia

Masa untuk menghentikan pertumpahan darah telah tiba dan gencatan senjata perlu dilaksanakan segera, kata Bessent.


8. 'Gencatan senjata akan berjaya’ - Zelensky sambut baik sekatan EU dan AS ke atas Rusia

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyifatkan pakej sekatan ke-19 oleh AS dan EU sebagai langkah penting menekan Moscow agar bersetuju dengan rundingan gencatan senjata.


9. Meta tamatkan perkhidmatan 600 pekerjanya dalam unit AI

Pekerja di Amerika Syarikat dimaklumkan pada Rabu pagi bahawa tarikh penamatan perkhidmatan mereka ditetapkan pada 21 Nov.


10. Anwar beri jaminan keselamatan penuh pemimpin dunia hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Anwar menegaskan walaupun kerajaan menghormati hak rakyat untuk mengadakan protes aman, keselamatan pemimpin adalah keutamaan tertinggi.


#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI