DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 11/11/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 November 2025.
KUALA LUMPUR: Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 11 November 2025.


1. Kemboja nafi dakwaan pasang periuk api baharu susulan tindakan Thailand gantung gencatan senjata

Kementerian Pertahanan Kemboja menjelaskan letupan berlaku di kawasan yang dikenal pasti sebagai ladang periuk api tinggalan konflik silam.



2. Catherine Connolly angkat sumpah sebagai presiden ke-10 Ireland

Catherine Connolly, ahli politik bebas yang berpengaruh dari Galway, akan mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-10 Ireland dalam satu majlis rasmi di Istana Dublin

3. Trump ugut saman BBC, tuntut ganti rugi AS$1 bilion

BBC didakwa menyunting ucapan Trump pada 6 Januari 2021 yang menyeru agar perarakan dijalankan secara aman dan patriotik.


4. AS gantung sekatan ke atas Syria selepas pertemuan Trump-Ahmed di White House

Langkah ini menandakan perubahan dramatik dalam hubungan dua hala yang sebelum ini tegang sejak lebih sedekad lalu.


5. Senat AS lulus rang undang-undang pembiayaan, penutupan kerajaan mungkin berakhir dalam beberapa hari

Rang undang-undang tersebut diluluskan dengan undian 60-40 lewat malam Isnin.


6. Iran tidak berhasrat bangunkan senjata nuklear, sedia capai perjanjian dengan AS

Iran tidak berhasrat membangunkan senjata nuklear, kata Timbalan Menteri Luar negara itu pada Selasa, sambil menegaskan bahawa Tehran berusaha untuk mencapai perjanjian nuklear secara aman dengan Amerika Syarikat


7. Serangan dron Israel bunuh dua penduduk Gaza, pelanggaran gencatan senjata terus meningkat

Menurut kenyataan Hamas, Israel telah melakukan lebih 270 serangan sejak gencatan senjata bermula.


8. Rakyat Iraq mengundi Selasa, pilih Ahli Parlimen baharu

Menurut suruhanjaya pilihan raya, seramai 7,743 calon bertanding bagi merebut kerusi parlimen, termasuk 2,247 calon wanita.


9. COP30 bermula di Brazil dengan seruan perpaduan tangani krisis iklim global

Lebih 50,000 peserta dari lebih 190 negara dijangka menghadiri persidangan selama 12 hari itu.


10. Dua taufan ragut 250 nyawa di Filipina, jutaan penduduk terjejas

Taufan Kalmaegi yang melanda daratan pada 4 Nov, mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh di wilayah tengah negara itu.



#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI