Trump ugut saman BBC, tuntut ganti rugi AS$1 bilion

BBC didakwa menyunting ucapan Trump yang menyeru agar perarakan dijalankan secara aman dan patriotik pada 6 Januari 2021. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap British Broadcasting Corporation (BBC) berhubung penyiaran dokumentari yang didakwa telah menjejaskan kredibilitinya menjelang pilihan raya presiden 2024.
Ringkasan AI
- Donald Trump mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC berhubung penyiaran dokumentari yang didakwa merosakkan kredibilitinya menjelang pilihan raya presiden 2024.
- BBC didakwa menyunting ucapan Trump yang menyeru agar perarakan dijalankan secara aman dan patriotik pada 6 Januari 2021, yang merujuk kepada serangan ke atas Bangunan Capitol di Washington.
- Akibat kontroversi itu, dua pegawai kanan BBC telah meletak jawatan, manakala Trump menuntut ditarik baliknya dokumentari dan pampasan AS$1 bilion atas dakwaan kerosakan reputasi dan kewangan.
Ketika itu, beliau berulang kali mendakwa berlaku penipuan undi, walaupun dakwaan tersebut tidak disokong bukti kukuh.
Menurut Trump, suntingan berkenaan menimbulkan tanggapan seolah-olah beliau menghasut penyokong untuk bertindak ganas, sekali gus mencetuskan kontroversi menjelang pilihan raya presiden 2024.
Dalam surat yang dihantar oleh peguamnya, Alejandro Brito, Trump menuntut agar dokumentari itu ditarik balik sebelum 14 Nov serta pampasan tidak kurang daripada AS$1 bilion atas dakwaan kerosakan reputasi dan kewangan.
Pengerusi BBC, Samir Shah, dalam kenyataan pada Isnin mengakui berlaku kekhilafan pertimbangan dan memohon maaf.
Susulan kontroversi itu, dua pegawai kanan BBC — Ketua Pengarah Tim Davie dan Ketua Berita Deborah Turness — meletak jawatan.
Trump yang menyambut baik peletakan jawatan kedua-dua pegawai BBC tersebut berkata suntingan dibuat bertujuan menjejaskan kredibilitinya menjelang pilihan raya presiden 2024.
BBC memaklumkan mereka telah menerima surat tuntutan berkenaan dan akan memberikan maklum balas secara langsung dalam masa terdekat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berhubung penyiaran dokumentari BBC mengenai beliau? A: Trump mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC berhubung penyiaran dokumentari yang didakwa menjejaskan kredibilitinya menjelang pilihan raya presiden 2024.
- Q: Apa yang disebut dalam dokumentari BBC yang menyebabkan Trump merasakan kredibilitinya terjejas? A: Dokumentari BBC, "Panorama: Trump A Second Chance?", didakwa telah menyunting ucapan Trump yang menyeru perarakan dijalankan secara aman dan patriotik pada 6 Januari 2021, berikutan insiden serangan ke atas Bangunan Capitol di Washington.
- Q: Berapakah jumlah pampasan yang dituntut oleh Trump daripada BBC? A: Trump menuntut pampasan tidak kurang daripada AS$1 bilion atas dakwaan kerosakan reputasi dan kewangan akibat penyiaran dokumentari BBC tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

