Berita Terkini ASEAN25: Anutin hadir majlis tandatangan perjanjian deklarasi Thailand-Kemboja esok

Perdana Menteri Thailand yang dijangka tiba lewat malam ini atau awal pagi esok sebelum majlis berlangsung. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian deklarasi Thailand-Kemboja yang bakal disaksikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dijangka menghadiri majlis menandatangani deklarasi Thailand-Kemboja esok, yang bakal disaksikan Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadual rasmi ketibaan beliau masih dimuktamadkan, dengan kemungkinan tiba lewat malam ini atau awal pagi esok.
- Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura memaklumkan Anutin perlu segera pulang ke Thailand selepas majlis bagi menghadiri istiadat pengebumian Bonda Ratu Sirikit Kitiyakara. Beliau turut memuji peranan AS dalam menyokong usaha keamanan serantau.
- Majlis tersebut dijangka menjadi langkah penting memperkukuh hubungan diplomatik dan keselamatan antara Thailand dan Kemboja. Anutin memohon agar sesi dimulakan lebih awal sekitar jam 12 tengah hari, namun masa sebenar masih dalam perbincangan bersama AS, Malaysia dan Kemboja.
“Namun, beliau perlu segera bergegas pulang ke Thailand bagi menghadiri istiadat pengebumian Bonda Ratu Sirikit Kitiyakara. Jadual itu masih dimuktamadkan, tetapi besar kemungkinan beliau akan sempat hadir untuk majlis berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memuji peranan Amerika Syarikat dalam menyokong usaha keamanan serantau, sambil menzahirkan penghargaan kepada Trump atas komitmen yang diberikan terhadap proses perdamaian tersebut.
Majlis menandatangani perjanjian itu dijangka menjadi langkah penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik dan keselamatan antara Thailand dan Kemboja.
Jelasnya, Perdana Menteri Thailand memohon agar sesi tersebut untuk diadakan lebih awal sekitar jam 12 tengah hari esok, namun masa sebenar akan diselaraskan semula selepas perbincangan dengan Amerika Syarikat, Malaysia dan Kemboja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


