awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota pengiring delegasi ASEAN cedera kemalangan di Lebuhraya Elite

Bernama
Bernama
25/10/2025
21:30 MYT
Anggota pengiring delegasi ASEAN cedera kemalangan di Lebuhraya Elite
Polis menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap arahan pergerakan pasukan konvoi, sepanjang tempoh berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengalami kecederaan, selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 22.3 susur keluar Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil arah Utara, Lebuhraya Elite di sini, tengah hari semalam.
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kemalangan pada 1 tengah hari itu, membabitkan seorang anggota berpangkat koperal berusia 35 tahun, yang sedang menunggang motosikal jenis Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata anggota berkenaan dilanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux ketika berada di susur keluar kawasan berkenaan, semasa melaksanakan tugas mengiringi delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
"Akibat kemalangan, anggota berkenaan patah betis kiri, cedera pergelangan kaki kiri serta lutut kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Cyberjaya," katanya ketika dihubungi selepas tular di media sosial rakaman video kejadian itu.
Beliau berkata berkata punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, Mohd Yusri menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap arahan pergerakan pasukan konvoi, sepanjang tempoh berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis pengiring delegasi ASEAN cedera
#kemalangan jalan raya
#Lebuhraya Elite
#Mohd Yusri Hassan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami