awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Takaichi, Trump setuju perkukuh pakatan Jepun-AS dalam perbincangan pertama

Bernama
Bernama
26/10/2025
00:30 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Takaichi, Trump setuju perkukuh pakatan Jepun-AS dalam perbincangan pertama
Takaichi (kiri) turut meminta kerjasama Trump dalam menangani isu penculikan rakyat Jepun oleh Korea Utara pada masa lalu serta memajukan usaha ke arah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi berkata beliau dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bersetuju memperkukuh pakatan dua hala dalam perbincangan telefon pertama mereka pada Sabtu.
Menurut Kyodo News, perbincangan itu diadakan ketika kedua-dua pemimpin menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur.
Takaichi memberitahu wartawan bahawa dalam perbualan itu, beliau menekankan kepentingan strategik Jepun dalam pendekatan Amerika Syarikat terhadap China dan rantau Indo-Pasifik.
Beliau turut meminta kerjasama Trump dalam menangani isu penculikan rakyat Jepun oleh Korea Utara pada masa lalu serta memajukan usaha ke arah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
Takaichi berkata Trump turut mengucapkan tahniah kepadanya atas pelantikan sebagai perdana menteri wanita pertama Jepun dan beliau menantikan pertemuan mereka di Tokyo sempena lawatan Trump ke Jepun pada Isnin.
Takaichi, yang baru memegang jawatan itu awal minggu ini, membuat penampilan diplomatik pertamanya pada mesyuarat ASEAN di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pakatan Jepun-AS
#Sanae Takaichi
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan