Berita Terkini ASEAN25: Trump hargai komitmen Anwar dalam perjanjian damai Thailand-Kemboja

Anwar, Anutin, Hun Manet dan Trump mengangkat dokumen selepas majlis menandatangani perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja hari ini. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi menzahirkan penghargaannya kepada Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN dalam komitmen memastikan perjanjian damai Thailand-Kemboja tercapai.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN dalam memuktamadkan perjanjian damai Thailand-Kemboja, yang disifatkan sebagai kejayaan diplomatik bersejarah.
- Trump mendedahkan beliau dan Anwar bersetuju menjadikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur sebagai platform neutral terbaik untuk rundingan damai, dan menunaikan janji hadir ke Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap usaha tersebut.
- Perjanjian damai menyaksikan kedua-dua negara menghentikan permusuhan, menarik keluar senjata berat, melaksanakan operasi bersama hapus periuk api, membebaskan tahanan perang dan menyokong penubuhan Pasukan Pemerhati Sempadan ASEAN.
“Dan saya tepati janji itu. Ramai yang berkata begitu, tapi tidak muncul. Tapi saya rasa bertanggungjawab untuk datang kerana anda begitu hebat, dan dua pemimpin (Charnvirakul dan Hun Manet) di sisi anda juga hebat – tokoh bersejarah, benar-benar tokoh bersejarah. Semua ini berlaku dalam tempoh setahun, dan ia sangat indah untuk disaksikan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjanjian Damai Thailand-Kemboja, di sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, pada Ahad.
Dalam majlis itu, kedua-dua pemimpin Thailand dan Kemboja itu bersetuju untuk menghentikan semua bentuk permusuhan dan serangan ketenteraan di sepanjang sempadan, selain menarik keluar semua senjata berat dari kawasan sempadan yang bergolak.
Selain itu, kedua-dua negara akan melaksanakan operasi bersama untuk menghapuskan periuk api yang ditanam di kawasan sempadan, membebaskan tahanan perang, serta mengalu-alukan penubuhan pasukan pemerhati serantau ASEAN.
Konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja kembali memuncak pada 2025, berpunca daripada pertikaian berpanjangan berhubung kawasan sekitar Kuil Preah Vihear dan beberapa tapak warisan lain di sempadan Pergunungan Dângrêk.
Media turut melaporkan kebocoran rakaman telefon antara bekas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dan bekas Perdana Menteri Kemboja Hun Sen yang mencetuskan krisis politik dalaman di Bangkok, menyebabkan Paetongtarn dilucutkan jawatan.
Bagaimanapun Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dipengerusikan Malaysia menjadi titik tolak kepada pemuktamadan perjanjian damai, termasuk penarikan senjata berat dan penubuhan Pasukan Pemerhati Sempadan ASEAN.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


