awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 34
Rekod 42.2 juta pelawat pada 2025, Malaysia perkukuh kerjasama bagi TMM2026
Orang buruan warga Malaysia ditahan di lapangan terbang India, tunggu penyerahan kepada PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua perlumbaan GP Malaysia ditunda susulan kemalangan Rueda, Dettwiler di SIC

Bernama
Bernama
26/10/2025
07:36 MYT
Dua perlumbaan GP Malaysia ditunda susulan kemalangan Rueda, Dettwiler di SIC
Hentaman kuat menyebabkan kedua-dua pelumba terjatuh dan mengalami kecederaan. - Gambar/ Tangkap layar IG Bernama
SEPANG: Dua perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini terpaksa ditangguhkan susulan insiden membabitkan juara dunia Moto3, Jose Antonio Rueda dan pelumba Switzerland, Noah Dettwiler ketika sesi sighting lap di litar berkenaan.
Penganjur perlumbaan dalam satu kenyataan memaklumkan insiden berlaku apabila Dettwiler yang berlumba bagi pasukan CIP Green Power dilihat menunggang secara perlahan di bahagian dalam trek perlumbaan sebelum dilanggar dari belakang oleh Rueda (Red Bull KTM Ajo) di Selekoh 3.
Hentaman kuat menyebabkan kedua-dua pelumba terjatuh dan mengalami kecederaan.
Pasukan perubatan SIC bertindak pantas memberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum kedua-duanya dihantar ke hospital berdekatan menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Keadaan semasa kedua-dua pelumba bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.
Rueda dijadual bermula di petak ketiga, sementara Dettwiler di petak ke-25.
Rueda sebelum ini telah mengesahkan gelaran juara dunia Moto3 selepas menamatkan saingan GP Indonesia pada 5 Okt lepas.
Susulan insiden itu, perlumbaan Moto3 yang sepatutnya bermula pada 12 tengah hari, diubah kepada 1.45 petang selain jumlah pusingan perlumbaan dikurangkan daripada 15 ke 10 sahaja.
Perlumbaan MotoGP kekal berlangsung pada 3 petang, sementara Moto2 ditunda kepada 4.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gp malaysia
#kemalangan di litar
#Jose Antonio Rueda
#Noah Dettwiler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan