awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berjam-jam keluar, rayu untuk bekalan oksigen... sudahnya dapat tahu ibu sudah tiada

Agensi
Agensi
29/04/2021
23:00 MYT
Berjam-jam keluar, rayu untuk bekalan oksigen... sudahnya dapat tahu ibu sudah tiada
Shruti Saha, yang menunggu sejak Selasa untuk mendapatkan silinder oksigen yang diisi untuk ibunya, terduduk selepas diberitahu tentang kematian ibunya, di luar bengkel pengisian semula, di New Delhi. - Gambar REUTERS
NEW DELHI: Shruti Saha telah menghabiskan masa berjam-jam di New Delhi untuk mencari dan mengisi semula tabung oksigen ketika dia diberitahu usahanya hanya sia-sia kerana ibunya telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Gelombang kedua koronavirus di New Delhi menyaksikan hospital dibanjiri pesakit dan kekurangan bekalan oksigen menyebabkan ramai yang mula berputus asa dalam usaha membantu ahli keluarga yang sakit di rumah.
Ketika dia menunggu di luar sebuah kilang pengisian semula di kawasan perindustrian di ibu kota, Saha yang panik, berlutut dan meminta kilang itu dibuka, tetapi polis dan pengawal keselamatan menyuruhnya menunggu.
Tidak lama selepas itu, Saha mendapat panggilan dari rumahnya yang memaklumkan ibunya telah meninggal dunia.
Tangisannya mula kedengaran ketika dia hampir terduduk, dengan orang ramai cuba menenangkannya.
Silinder oksigen kosongnya ditinggalkan di tempat dia berdiri dalam barisan.
"Kami keluar dari rumah sejak jam 2 pagi. Tidak ada bekalan oksigen di Delhi.
"Akhirnya kami sampai di sini. Berkali-kali saya beritahu mereka keadaan ibu saya tenat..." katanya dalam esakan.
Delhi melaporkan satu kematian akibat COVID-19 setiap empat minit sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Hospital tidak lagi mempunyai ruang, justeru pesakit COVID-19 hanya berada di rumah dan cuba dirawat sendiri oleh ahli keluarga masing-masing.
"Selama dua hari kami cuba dapatkan katil di beberapa hospital. Bawa saya pulang sekarang," kata Saha, sebelum dia dibawa pergi seorang lelaki.
Topic Berkaitan
#New Delhi
#oksigen
#Hospital
#Shruti Saha
#koronavirus
#COVID-19
#gelombang kedua
#kekurangan bekalan oksigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan