awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah akhiri badi, ulangi aksi final Sukan SEA Thailand 2025
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berlusconi bebas tuduhan beri rasuah berkaitan kes pelacuran

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2021
22:12 MYT
Berlusconi bebas tuduhan beri rasuah berkaitan kes pelacuran
Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi melambai kepada orang ramai selepas memenangi pilihan raya di Milan pada 3 Oktober lepas. - Foto REUTERS/Flavio Lo Scalzo
ROM: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi dibebaskan daripada sabitan merasuah saksi berhubung kes pelacuran bawah umur pada 2013.
Keputusan ini memberi kelegaan kepada bekas pemimpin berusia 85 tahun itu yang berdepan pelbagai masalah kesihatan.
Sebelum ini Berlusconi didakwa memberi rasuah kepada pemain piano Danilo Mariani supaya menipu ketika memberi keterangan bagi kes beliau.
Berlusconi juga didakwa membayar penari bawah umur untuk seks.
Beliau didapati bersalah atas dakwaan tersebut dan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun.
Namun sabitan itu dibatalkan pada 2014 oleh Mahkamah Rayuan.
Selain kes tersebut, Berlusconi turut didakwa atas dua kes rasuah yang kini dibicarakan di Rom dan Milan.
Beliau turut disabit kesalahan kerana mengelak cukai pada 2013.
Topic Berkaitan
#Silvio Berlusconi
#Rasuah
#kes pelacuran
#Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan