awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berpuluh maut dalam insiden sambutan ulangtahun revolusi Mesir

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2014
08:43 MYT
Berpuluh maut dalam insiden sambutan ulangtahun revolusi Mesir
Berpuluh maut ketika rakyat Mesir menyambut ulangtahun ketiga revolusi menumbang kepimpinan bekas Presiden Husni Mubarak.
Menurut laporan tidak rasmi lebih 29 terbunuh dalam tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara.
Angka sebenar dikatakan dua kali ganda dari jumlah berkenaan.
Keganasan yang tercetus dikaitkan dengan bantahan besar-besaran para penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi, yang diguling tentera Julai lalu.
Dalam kenyataannya, Ikhwanul Muslimin mendakwa lebih 50 maut dalam insiden berkenaan.
Sekurang-kurangnya dua siri letupan bom menggegarkan Kaherah dan satu lagi kejadian yang sama dilapor berlaku dekat Suez.
Sementara itu, kumpulan berkecuali turut mengadakan perarakan di kawasan sekitar Mohandiseen dan cuba berarak ke arah Medan Tahrir.
Percubaan mereka dihalang tentera yang kemudian bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup.
Dalam insiden berkenaan, pergerakan pemuda 6 April mendakwa seorang anggotanya maut.
Sempena ulang tahun ketiga revolusi 2011 atau Yaumul Ruhil, ribuan penyokong tentera dan kerajaan sementara membanjiri Dataran Tahrir dan kawasan tumpuan awam di Mesir bagi menyuarakan sokongan kepada ketua panglima tentera yang juga menteri pertahanan Abdel Fattah El Sissi.
Dia yang bertanggungjawab menjatuhkan Morsi sebelum ini menyuarakan hasrat untuk bertanding sebagai presiden pada pilihan raya akan datang.
Topic Berkaitan
#Mesir
#Presiden Mohamed Morsi
#ulangtahun ketiga revolusi
#Yaumul Ruhil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan