awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bertengkar kerana anjing, lelaki lepas tembakan ragut 2 nyawa

Bernama
Bernama
18/08/2023
08:23 MYT
Bertengkar kerana anjing, lelaki lepas tembakan ragut 2 nyawa
Polis telah menahan tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank dan merampas senapang yang digunakannya. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Dua maut, manakala enam lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar rumahnya ekoran pertengkaran yang dipercayai berpunca daripada isu anjing peliharaan, di Madhya Pradesh di India, kata polis pada Jumaat.
Insiden itu berlaku pada Khamis di Koloni Krishna Bagh di daerah Indore, kira-kira 188 kilometer barat Bhopal, ibu negeri Madhya Pradesh.
Polis telah menahan tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank dan merampas senapang yang digunakannya.
Menurut polis, tertuduh dan jirannya sedang berjalan dengan anjing masing-masing di kawasan kejiranan pada pukul 11.00 malam (waktu tempatan).
Tiba-tiba dua anjing itu bergaduh yang kemudian mencetuskan pertengkaran antara dua pemilik haiwan itu.
"Kami dapati mereka tidak ada isu permusuhan antara jiran sebelum ini, selain hanya disebabkan isu anjing bergaduh itu sahaja," kata pegawai kanan polis Amrendra Singh.
Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembak
#isu anjing
#India
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan