awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biar mangsa feri karam terkapai-kapai di tasik, nakhoda kapal dikecam

Agensi
Agensi
23/06/2018
09:23 MYT
Biar mangsa feri karam terkapai-kapai di tasik, nakhoda kapal dikecam
Operasi pencarian mangsa feri karam di Danau Toba. -Reuters
Seorang kapten kapal dikecam berikutan tindakannya meninggalkan puluhan mangsa feri karam terkapai-kapai dalam satu insiden di Danau Toba pada Isnin.
Tindakan nakhoda kapal yang dikenali sebagai Kapten Doni Silalahi mengundang berang para netizen apabila dia didakwa telah menyebabkan kematian tiga mangsa selain 193 yang lain yang masih belum ditemukan.
BACA: Feri karam: Hanya tiga mayat dijumpai, 193 masih hilang
Rata-rata netizen menganggap Kapten Doni tidak mempunyai perasaan dan perikemanusiaan kerana sanggup meninggalkan puluhan mangsa feri Sinar Bangun bersabung nyawa di tengah tasik yang luas itu.
Menurut laporan media tempatan, kapten kapal Sumut II yang pada ketika itu melalui kawasan tragedi hanya berhenti seketika untuk menyelamat tiga mangsa.
Kapten Doni dalam kenyataannya berkata dia tergesa-gesa beredar dari kawasan tragedi disebabkan keadaan cuaca yang buruk serta keutamaan terhadap penumpang yang menaiki kapal yang dikemudinya ketika itu.
Kata Doni, dia memahami perasaan keluarga mangsa, namun dia memohon agar memahami keadaannya sewaktu detik cemas itu.
“Saya terpaksa tinggalkan mangsa-mangsa berkenaan kerana pada waktu itu cuaca berada dalam keadaan buruk dan saya selaku kapten feri berasakan perlu untuk menyelamatkan penumpang yang berada dalam feri yang saya kendalikan,” jelasnya.
Tambahnya, dia mengambil keputusan untuk menghantar penumpangnya ke pelabuhan kerana pada waktu itu sudah ada yang pengsan.
Menurutnya lagi, dia juga sudah berusaha membantu mangsa feri Sinar Bangun yang karam itu dengan melemparkan sebanyak 52 jaket keselamatan.
Topic Berkaitan
#Danau Toba
#feri
#Indonesia
#karam
#kecam
#keluarga
#keselamatan
#lemas
#mangsa
#mati
#netizen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan