awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden lawat Australia, Jepun untuk mesyuarat Quad, Sidang Kemuncak G7

Bernama
Bernama
26/04/2023
07:52 MYT
Biden lawat Australia, Jepun untuk mesyuarat Quad, Sidang Kemuncak G7
Biden (foto) akan melawat Jepun dan Australia pada Mei untuk Sidang Kemuncak G7 dan mesyuarat ketiga pemimpin Quad. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan melawat Jepun dan Australia pada Mei untuk Sidang Kemuncak G7 dan mesyuarat ketiga pemimpin Quad, lapor agensi berita Jerman dpa yang memetik kenyataan White House.
Biden dijadual bertemu pemimpin kumpulan Quad Australia, Jepun, India dan AS di Sydney pada 24 Mei, menurut White House dalam satu kenyataan.
"Pemimpin Quad akan membincangkan pengukuhan usaha sama mereka dalam teknologi kritikal dan baharu muncul, infrastruktur berkualiti tinggi, kesihatan global, perubahan iklim, kesedaran domain maritim dan isu lain yang penting kepada penduduk Indo-Pasifik," menurut kenyataan pada Selasa.
Kumpulan empat negara itu yang juga dikenali sebagai Dialog Keselamatan Segiempat, ditubuhkan selepas gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan dirasmikan pada 2007.
Biden juga dijangka menghadiri sidang kemuncak penuh pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) negara demokrasi perindustrian yang akan berlangsung di Hiroshima, Jepun pada 19-21 Mei.
White House berkata pemimpin G7 akan membincangkan pelbagai isu global yang paling mendesak termasuk sokongan kumpulan itu untuk Ukraine dan krisis makanan dan iklim.
Jepun kini presiden bergilir G7 yang dianggotai Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#lawat Jepun dan Australia
#Sidang Kemuncak G7
#pemimpin Quad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan