Bilangan korban meningkat, 32 disah maut banjir dan tanah runtuh di Sumatera

Sekurang-kurangnya 5,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. - Gambar/ AP
BILANGAN korban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Sumatera Utara terus meningkat apabila 32 orang dilaporkan meninggal dunia, manakala ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat.
Ringkasan AI
- 32 orang dilaporkan meninggal dunia akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera Utara, dengan Tapanuli Selatan mencatatkan jumlah mangsa maut tertinggi.
- Sekurang-kurangnya 5,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, ratusan rumah rosak, dan operasi SAR menghadapi kesukaran akibat akses jalan terputus serta hujan lebat.
- Kerajaan tempatan dan BNPB sedang berkoordinasi untuk menyediakan bantuan kecemasan seperti makanan, pakaian, dan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir besar itu.
Seorang lagi korban dilaporkan hanyut di Kota Padang Sidempuan.
Selain itu, sekurang-kurangnya 5,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, manakala ratusan rumah rosak dan sebuah rumah ibadat hanyut dibawa arus deras.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga dilaporkan masih giat melakukan pencarian kerana masih terdapat laporan mangsa hilang, termasuk empat orang di Humbang Hasundutan dan empat lagi di Kota Sibolga.
Operasi SAR bagaimanapun berdepan kesukaran akibat akses jalan yang terputus dan hujan lebat berterusan.
Pihak berkuasa mengingatkan penduduk di kawasan berisiko agar segera berpindah ke lokasi lebih selamat dan mematuhi arahan pasukan keselamatan. Bantuan logistik dan perubatan sedang digerakkan ke lokasi terjejas.
Banjir besar ini berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menyebabkan sungai melimpah dan tanah menjadi tidak stabil sehingga mencetuskan runtuhan di kawasan berbukit. Keadaan cuaca yang tidak menentu dijangka berlanjutan beberapa hari lagi.
Kerajaan tempatan bersama Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) sedang mengkoordinasikan bantuan kecemasan, termasuk pengagihan makanan, pakaian dan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


