awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilionair nasihat penduduk jangan beli kereta, TV

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2022
02:10 MYT
Bilionair nasihat penduduk jangan beli kereta, TV
Jeff Bezos bimbang ekonomi AS akan mengalami kemelesetan pada tahun depan. - Foto fail/REUTERS
LOS ANGELES: Bilionar keempat paling kaya di dunia, Jeff Bezos dengan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$124.1 bilion (RM564.03 bilion) baru-baru ini menasihatkan penduduk supaya tidak membeli barangan berharga tinggi seperti kereta dan televisyen kerana bimbang ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mengalami kemelesetan pada tahun depan.
Rakyat AS boleh mengambil risiko dengan menyimpan wang tunai mereka untuk digunakan pada waktu yang sukar, kata pengasas syarikat peruncitan online, Amazon itu sambil menggariskan petua utamanya untuk bertahan ketika tibanya waktu kemelesetan ekonomi.
Bercakap kepada CNN Business, ahli perniagaan itu berkata orang ramai harus menangguhkan pembelian besar dan menyimpan untuk masa depan.
Bezos berkata, beliau tidak dapat meramalkan berapa lama kemerosotan ekonomi itu akan berlarutan tetapi AS berkemungkinan akan mengalami kemelesetan tidak lama lagi.
Sebelum ini syarikat Amazon merancang untuk memberhentikan lebih 9,000 pekerja yang merupakan pemberhentian besar-besaran terbesar dalam sejarah penubuhannya.
Syarikat peruncitan itu yang menghasilkan sebahagian besar wangnya daripada perkhidmatan web ialah majikan kedua terbesar di AS selepas syarikat peruncitan multinasional, Walmart. –Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Jeff Bezos
#kemelesetan ekonomi
#barangan berharda
#simpan wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan