Skip to main content

Sukan

Terbuka Korea: Letshanaa mara ke pusingan kedua, tempah pertemuan dengan An Se Young

Letshanaa (gambar) bakal berdepan ujian lebih getir apabila dijadual berdepan pemain nombor satu dunia yang juga wakil tuan rumah An Se Young.  - Gambar fail/BERNAMA
Letshanaa (gambar) bakal berdepan ujian lebih getir apabila dijadual berdepan pemain nombor satu dunia yang juga wakil tuan rumah An Se Young. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perseorangan wanita negara K Letshanaa memulakan kempen Terbuka Korea 2026 dengan langkah kanan selepas menewaskan wakil Thailand, Tonrug Saeheng dalam perlawanan pusingan pertama, semalam.

Dalam aksi di Stadium Jinnam, Korea Selatan, pemain negara di ranking ke-28 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menoktahkan kemenangan 21-17, 21-18 untuk mara ke pusingan kedua.

Letshanaa bakal berdepan ujian lebih getir apabila dijadualkan berdepan pemain nombor satu dunia yang juga wakil tuan rumah An Se Young.

Advertisement

Seorang lagi wakil wanita negara Wong Ling Ching bagaimanapun terkandas di pusingan awal selepas tewas kepada Thalita Ramadhani Wiryawan dari Indonesia 17-21, 23-21, 20-22.

Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Chan Wen Tse menampilkan aksi cemerlang apabila turut melangkah ke pusingan kedua.

Advertisement

Pang Ron-Pei Jing mengetepikan cabaran Tonkid Saeheng-Tonrug Saeheng dari Thailand 21-10, 21-14 untuk membuat perhitungan dengan wakil tuan rumah Jin Sung Ik-Lee Seung Hee bagi merebut slot suku akhir.

Tang Jie-Wen Tse pula berjaya menyingkirkan wakil Australia, Andika Ramadiansyah-Nozomi Shimizu, 21-9, 21-14 dan akan mencabar pilihan ketiga dari China, Cheng Xing-Zhang Chi.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement