awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bimbang tragedi Malang berulang, Indonesia tangguh perlawanan semula antara dua pasukan

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2023
01:00 MYT
Bimbang tragedi Malang berulang, Indonesia tangguh perlawanan semula antara dua pasukan
Pada Oktober 2022 lalu, pertembungan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya di Malang, Jawa Timur berakhir dengan 135 nyawa terkorban. - Foto fail/AP
JAKARTA: Perlawanan semula antara dua pasukan bola sepak Indonesia yang sebelum ini berakhir dengan insiden rempuhan dan rusuhan paling buruk di stadium, telah ditangguhkan, lapor Reuters.
Keputusan itu dibuat memandangkan risiko khalayak masih boleh terjadi, kata polis tempatan pada Khamis.
Pada Oktober 2022 lalu, pertembungan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya di Malang, Jawa Timur berakhir dengan 135 nyawa terkorban, dengan kebanyakannya akibat dirempuh dan dipijak kerana berasak-asak keluar selepas pihak polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton.
Dalam perlawanan itu, pasukan tuan rumah Arema FC kalah dengan jaringan 3-2.
Walaupun pertemuan liga seterusnya antara dua pasukan itu dicadang untuk dilangsungkan tanpa penonton pada Ahad, jurucakap polis Jawa Timur, Dirmanto, berkata ia masih berisiko tinggi memandangkan kedua-dua kelab adalah 'musuh tradisi dengan sejarah persaingan yang kuat’.
Pengurus pasukan Persebaya, Yahya Alkatiri, berkata perlawanan semula itu sepatutnya diadakan di Gresik, namun permit untuk menganjurkannya tidak diluluskan polis. Mereka tidak dapat bermain di Surabaya kerana stadium di situ sedang menjalani kerja-kerja baik pulih sempena Piala Dunia B-20 pada Mei.
"Perlawanan ini penuh dengan risiko,” kata Yahya, sambil menambah pergaduhan boleh terjadi di luar stadium.
Dunia bola sepak Indonesia sudah lama berdepan masalah, termasuk skandal mengatur perlawanan dan ‘persengketaan’ antara penyokong, hinggakan ada beberapa kali perlawanan terpaksa dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.
Topic Berkaitan
#perlawanan semua
#bola sepak
#arema fc
#Persebaya Surabaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan