awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang badminton Korea Selatan dipalit kontroversi palsukan rekod khidmat komuniti

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2018
12:41 MYT
Bintang badminton Korea Selatan dipalit kontroversi palsukan rekod khidmat komuniti
Lee Yong-dae dalam satu perlawanan badminton semasa Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, 12 Ogos, 2016. REUTERS/Fail
Bintang badminton Korea Selatan Lee Yong-dae terus dihimpit kontroversi kerana didakwa memalsukan rekod khidmat komuniti, walaupun beliau menafikan melakukan perbuatan itu.
Lee dilaporkan berkata, beliau sebaliknya dengan sukarela melaporkan kesilapan yang terdapat dalam rekod khidmat komunitinya itu kepada Pentadbiran Tenaga Kerja Ketenteraan (MMA) pada Jumaat lepas.
Beliau bukan dengan sengaja memalsukan dokumen itu, menurut Bernama, memetik laporan agensi berita Yonhap.
"Terdapat beberapa kesilapan ketika proses mendaftar rekod khidmat komuniti saya, seperti masa perjalanan, tempoh dan lokasi perkhidmatan serta kekurangan data foto," kata Lee.
Di Korea Selatan, lelaki yang sihat tubuh badan wajib menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun.
Bagaimanapun, pemenang pingat Olimpik atau pingat emas Sukan Asia dikecualikan dan hanya dikehendaki menjalankan khidmat komuniti berkaitan sukan sebanyak 544 jam dalam tempoh 34 bulan.
Lee, 30 tahun, layak mendapat pengecualian menjalani latihan tentera selepas memenangi pingat emas dalam acara regu campuran di Olimpik Beijing 2008.
Bernama melaporkan, beliau didaftarkan menjalani khidmat komuniti sebagai kakitangan sukan pada 2016 selepas bersara daripada pasukan kebangsaan.
"Saya dipilih sebagai kakitangan sukan dan ia satu keistimewaan. Jadi, sudah tentu saya mahu memastikan tugasan itu diselesaikan sebaik mungkin," kata Lee.
Beberapa laporan media tempatan baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sama tetapi tarikh dokumen berlainan.
Lee berkata kesilapan itu mungkin disebabkan kesalahan di pihak pentadbiran MMA.
Sebelum ini, pemain bola sepak Korea Selatan, Jang Hyun-soo ditahan kerana memalsukan rekod khidmat komuniti dan kemudian dilarang seumur hidup bermain untuk pasukan kebangsaan oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).
Topic Berkaitan
#badminton
#khidmat komuniti
#Korea Selatan
#latihan ketenteraan
#Lee Yong-dae
#Olimpik
#palsu rekod
#pingat emas
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan