awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2023
00:15 MYT
Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro, yang menjadi ketua negara Brazil dari 2019 hingga 2022, mungkin tidak akan terpilih untuk mana-mana jawatan awam sehingga 2030. - Foto fail/REUTERS
RIO DE JANEIRO: Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro sekali lagi dilucutkan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya.
Keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi Brazil (TSE), itu bermakna Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Bolsonaro, yang menjadi ketua negara Brazil dari 2019 hingga 2022, mungkin tidak akan terpilih untuk mana-mana jawatan awam sehingga 2030, berdasarkan kepada keputusan mahkamah tersebut.
Ini merupakan keputusan kedua mahkamah ke atas bekas Presiden itu.
Pada Jun lepas, mahkamah memutuskan Bolsonaro tidak dibenarkan bertanding selama lapan tahun kerana menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya negara itu.
Bolsonaro berulang kali mempersoalkan kebolehpercayaan sistem pilihan raya dan tidak mengakui kekalahannya dalam pilihan raya kepada pemimpin berhaluan kiri yang juga Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.
Keputusan pada Rabu itu berkaitan cuti umum pada September tahun lalu menjelang pilihan raya Brazil.
Mahkamah mendapati bolsonaro telah menyalahgunakan sambutan berkenaan untuk tujuan kempen pilihan raya.
Semasa perbarisan tentera di Brasilia dan Rio de Janeiro, Bolsonaro berkempen menentang pencabarnya Lula.
Sabitan baharu itu tidak melanjutkan larangan Bolsonaro daripada bertanding dalam pilihan raya melampaui tahun 2030.
Bagaimanapun, peguam beliau mesti merayu keputusan itu bersama-sama keputusan pada Jun jika mereka mahu Bolsonaro bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada 2026.
Topic Berkaitan
#Jair Bolsonaro
#Bekas Presiden
#pilihan raya
#bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan