awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom Bangkok: Warga asing suspek utama ditahan di sempadan Thai-Kemboja

AFP
AFP
01/09/2015
08:50 MYT
Bom Bangkok: Warga asing suspek utama ditahan di sempadan Thai-Kemboja
Polis Thailand sedang menyoal siasat suspek utama insiden serangan bom di Bangkok. - Gambar fail
Seorang lelaki warga asing yang menjadi suspek utama dalam insiden bom di Kuil Erawan, Bangkok bulan lalu, telah ditangkap di sempadan Thailand-Kemboja, kata Perdana Menteri Thailand Prayut Chan O Cha, lapor portal berita Bangkok Post.
Beliau memberitahu, suspek telah ditahan ketika cuba melintas sempadan di Ban Pa Rai, Aranyaprathet iaitu bandar di daerah Sa Kaeo.
Menurutnya, suspek yang ditahan itu ialah lelaki yang gambarnya dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) pada 17 Ogos lalu. Ketika itu, suspek memakai baju berwarna kuning dan dipercayai meninggalkan sebuah beg galas di persimpangan Ratchaprasong.
Ketika ditanya sama ada suspek itu orang yang bertanggungjawab meletakkan bom tersebut di kawasan tumpuan pelancong berkenaan, Chan-O-Cha menjawab: “Kami sedang menyoal siasat. Dialah suspek utama dan seorang warga asing.”
Bom yang meletup di Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu membunuh lebih 20 orang mangsa dengan kebanyakannya merupakan etnik Cina dari seluruh Asia.
Antara suspek yang disenarai dalam siasatan adalah pencabar politik tempatan, kumpulan penjenayah, militan ekstrem, puak pemisah dari Selatan Thai dan pelarian dari minoriti Uighur.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#bom
#Erawan
#Imigresen
#letupan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan