awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba padam kebakaran terkejut dengan penemuan mayat dalam peti sejuk

Agensi
Agensi
03/01/2020
02:40 MYT
Bomba padam kebakaran terkejut dengan penemuan mayat dalam peti sejuk
Bomba Perancis dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita berusia 83 tahun yang dikerat dan disumbatkan ke dalam peti sejuk. -Foto wa-news.com
PETUGAS bomba Perancis dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita berusia 83 tahun yang dikerat dan disumbatkan ke dalam peti sejuk, ketika sedang bertugas memadam kebakaran di sebuah rumah pada Tahun Baharu.
Menurut laporan akhbar Le Parisien, mayat tersebut disahkan milik Liliane Martin iaitu seorang wanita yang menetap di kawasan Haute-Vienne di Perancis.
Pada hari kejadian, pihak bomba dipanggil bagi membantu memadam kebakaran di Saint-Leonard-de-Noblat.
Sejurus selesai kerja memadam api, mereka mendapati terdapat sebuah rumah yang tidak berpenghuni.
Ketika memeriksa rumah berkenaan, mereka secara tidak sengaja menjumpai mayat yang dikerat dan disumbat ke dalam peti ais.
Malah, terdapat beberapa bahagian badan mangsa juga ditemui di kawasan bangsal berdekatan.
Cucu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dilapor membuat kenyataan bercanggah dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#kebakaran
#mangsa
#mayat
#polis
#rumah
#siasatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan