awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen

Bernama
Bernama
15/06/2023
11:37 MYT
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Johnson mengecam penggantungan itu dan menyifatkannya sebagai "kesimpulan gila", dengan menuduh kumpulan Ahli Parlimen Tory berulang kali cuba memperlekehkan beliau dengan menuduhnya bercakap bohong. - Gambar/ Reuters
LONDON: Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate" yang membolehkannya digantung selama 90 hari daripada menghadiri persidangan parlimen, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Cadangan oleh Jawatankuasa Keistimewaan untuk menggantungnya atas tindakan beliau yang sengaja mengelirukan Ahli Parlimen, akan membuka jalan kepada pilihan raya kecil jika beliau tidak meletak jawatan dalam tempoh yang dijangkakan.
Johnson mengecam penggantungan itu dan menyifatkannya sebagai "kesimpulan gila", dengan menuduh kumpulan Ahli Parlimen Tory berulang kali cuba memperlekehkan beliau dengan menuduhnya bercakap bohong.
Ahli Parlimen mengesyorkan agar Johnson tidak diberikan pas bekas ahli, yang memberinya akses ke kawasan parlimen.
Sebelum peletakan jawatannya pada Jumaat, mereka mendakwa telah bersetuju secara profesional mengenai penggantungan yang cukup lama yang berpotensi menjurus kepada pilihan raya kecil.
Namun mereka berkata Johnson terus melakukan penghinaan, termasuk menjejaskan proses demokrasi Dewan Rakyat dan "bersubahat dalam kempen salah guna dan cubaan menakut-nakutkan jawatankuasa".
Johnson meninggalkan Parlimen (Commons) minggu lepas setelah membaca hasil laporan itu, yang bermakna beliau akan terlepas daripada prospek sekatan segera.
Penggantungan yang disyorkan jauh melebihi had 10 hari yang jika diluluskan oleh Dewan, boleh membawa kepada pilihan raya kecil di Uxbridge dan South Ruislip.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#hasil siasatan
#bersalah
#skandal partygate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan