MOSCOW: Bekas Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson dipilih semula sebagai calon Konservatif di Uxbridge dan South Ruislip bagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang meskipun siasatan terhadap skandal parti masih diteruskan.
Pilihan raya umum akan datang dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.
"Malam ini jawatankuasa pemilihan Uxbridge dan South Ruislip memilih Boris Johnson sebagai calon kami," Sputnik melaporkan jurucakap Johnson sebagai berkata, memetik Sky News.
Pada akhir Jun 2022, Jawatankuasa Keistimewaan berkata pihaknya sedang mencari saksi dan bukti untuk membantu menentukan sama ada Johnson telah mengelirukan Parlimen berhubung menghadiri parti di Downing 10 semasa sekatan pergerakan COVID-19.
Pada 3 Mac, jawatankuasa itu menerbitkan laporan awal yang memperincikan kes itu.
Johnson mungkin digantung daripada Dewan Rakyat selama 10 hari jika terbukti mengelirukan Parlimen.
Penggantungan itu boleh menjadi justifikasi untuk memfailkan petisyen bagi menarik balik mandat parlimennya.
Skandal itu meletus selepas beberapa perhimpunan diadakan di pejabat Johnson sepanjang 2020 dan 2021, melanggar peraturan penjarakan sosial COVID-19.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan laporan bahawa dua lagi pesta diadakan pada 16 April 2021 pada malam pengebumian Putera Philip, ketika UK masih mengekalkan sekatan COVID-19 dan dalam tempoh berkabung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Boris Johnson dipilih semula sebagai calon Konservatif di Uxbridge dan South Ruislip bagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang meskipun siasatan terhadap skandal parti masih diteruskan. - Gambar fail/AP
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.
Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.
Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.
'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.
Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.
PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.
Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.