MOSCOW: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson, pada Jumaat menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan selepas partinya tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen, lapor Sputnik.
Pilihan raya diadakan di kawasan West Yorkshire dan Devon menyaksikan Parti Konservatif atau dikenali sebagai Tories tewas di kawasan mengundi yang sebelum ini disandang Imran Nasir Ahmad Khan dan Neil Parish. Devon sebelum ini menjadi kubu kuat Tories sejak sekurun lalu.
"Kita kini berdepan dengan tekanan kos sara hidup, kita melihat harga minyak melambung, kos tenaga, kos makanan - itu menghimpit rakyat. Kita perlu mengakui bahawa banyak lagi yang perlu kita lakukan dan sudah pasti kita akan buat, kita akan teruskan, menangani kegelisahan rakyat sehingga kita melepasi dugaan ini," kata Johnson kepada pemberita seperti dipetik akhbar Guardian.
Pengerusi Parti Konservatif UK, Oliver Dowden menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Johnson pada Jumaat dengan menyatakan 'pilihan raya kecil Parlimen itu adalah siri terbaru keputusan yang buruk' untuk Tories.
Pada April, Parish yang sudah memegang jawatan sejak 12 tahun lalu, meletak jawatan berhubung dakwaan menonton bahan lucah ketika berada di Dewan Rakyat. Khan pula melepaskan jawatan selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual ke atas remaja lelaki 15 tahun di satu majlis pada 2008.
Johnson pula berdepan dengan pelbagai desakan supaya meletak jawatan selepas beberapa siri kebocoran maklumat memaparkan beberapa majlis keramaian diadakan di pejabatnya sepanjang 2020 dan 2021, melanggar peraturan penjarakan sosial COVID-19.
Tekanan memuncak selepas laporan menyatakan dua lagi majlis keramaian diadakan pada April tahun lalu, sejurus sebelum majlis pengebumian Putera Phillip ketika negara masih mengekalkan perintah kawalan pergerakan COVID-19 serta sewaktu negara diisytiharkan berkabung.
Johnson selepas itu memohon maaf dan berkata beliau membayar denda yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan.
Pada awal Jun, Johnson terselamat dalam undi tidak percaya yang diadakan Parti Konservatif dengan 211 menyokong beliau manakala 148 menolaknya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan selepas partinya tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen. - Gambar fail/REUTERS
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Sekurang-kurangnya 15 maut di Sulawesi
Sekurang-kurangnya 15 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah Sulawesi Selatan.
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
PM UK disiasat berhubung kepentingan isteri dalam syarikat penjagaan kanak-kanak
Isteri Rishi Sunak dikatakan mempunyai saham dalam agensi yang memperoleh manfaat daripada belanjawan kerajaan baru-baru ini.
Liz Truss secara rasmi dilantik Perdana Menteri UK ke-15
Liz Truss bertemu dengan Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral sebagai sebahagian proses formal untuk menjadi Perdana Menteri UK yang baharu.
Ismail Sabri ucap tahniah kepada Liz Truss
Ismail Sabri berharap dapat bekerjasama rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua negara demi manfaat rakyat.
PM Britain: Tewas dengan Liz Truss, Rishi Sunak tak kecewa
Kalah dengan Liz Truss dalam pemilihan Perdana Menteri baharu Britain, Rishi Sunak tidak kecewa malah menyifatkan peluang dicalonkan sebagai pengalaman berharga.
Calon PM UK: Rishi Sunak peroleh sokongan tertinggi
Sunak yang bertanggungjawab di atas pengunduran Johnson memperoleh 88 undian.
Pemilihan Tory: Calon untuk pimpin parti, jadi Perdana Menteri UK kini tinggal lapan orang
Lapan MP yang mahu memimpin parti dan menjadi PM UK yang baharu perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 undi untuk mara ke pusingan seterusnya.
Boris Johnson umum letak jawatan
Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson sah meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif selepas kehilangan sokongan anggota Kabinet dan barisan menteri.
Boris Johnson tegaskan tidak akan letak jawatan meskipun Tories tewas pilihan raya kecil
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan selepas partinya tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen.
COP26: Dunia ibarat diikat dengan bom, menanti masa meletup - Boris Johnson
Beliau menegaskan tindakan segera melalui sistem antarabangsa perlu diambil dalam menangani isu perubahan iklim global.
Boris Johnson beri penghormatan terakhir, ucap takziah pemergian Putera Philip
Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson memberi penghormatan terakhir buat Putera Philip, suami Ratu Elizabeth II menerusinya ucapannya di 10 Downing Street.