awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, Mara BPT dibuka bermula 29 Jan
Cederakan wartawan Haresh Deol, penghantar barang didenda RM2,000
Kenaikan gaji SSPA fasa kedua: KSN nasihat penjawat awam berbelanja berhemah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot sonar pencari MH370 karam berlanggar gunung berapi dasar laut

Agensi
Agensi
25/01/2016
05:15 MYT
Bot sonar pencari MH370 karam berlanggar gunung berapi dasar laut
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengesahkan Fugro Discovery hilang kenderaan sonarnya semasa menjalankan aktiviti pencarian di Lautan Hindi.- FOTO AFP /FUGRO
SEBUAH bot berkelengkapan sonar karam ketika dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas berlanggar dengan gunung berapi dasar laut, lapor The Guardian pada Ahad.
Bot atau kenderaan sonar itu yang turut dikenali sebagai 'towfish' yang dipasangkan pada kapal pencari Fugro Discovery itu dilaporkan ‘hilang’ selepas perlanggaran dengan gunung berapi berlumpur setinggi 2,200 meter itu.
Perlanggaran yang berlaku itu menyebabkan 'towfish' dan 4,500 meter kabel tersebut hilang di dasar Lautan Hindi, lokasi pencarian MH370.
Pada Isnin, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengesahkan Fugro Discovery hilang kenderaan sonarnya semasa menjalankan aktiviti pencarian di Lautan Hindi.
" 'Towfish' ini bertembung dengan sebuah gunung berapi lumpur setinggi 2,200 meter dari dasar laut yang menyebabkan kabel tunda pecah. 'Towfish' dan 4,500 meter kabel terpisah dari kapal dan kini berada di dasar laut," kata agensi itu.
Bagaimanapun, anak-anak kapal dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Pusat itu juga percaya akan dapat menemui 'towfish' tersebut dan pencarian pesawat MH370 diteruskan.
Pada Sabtu,satu serpihan kepingan logam melengkung berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand oleh nelayan yang kemudiannya membuat laporan penemuan itu kepada pihak berkuasa Pak Phanang.
Pihak bekuasa Malaysia dan Thailand kini sedang berusaha mendapatkan pengesahan samada serpihan adalah milik pesawat MH370.
Nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip yang berada pada objek tersebut.
Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Thailand akan menghantar dua pakar ke wilayah Nakhon Si Thammarat untuk menganalisis lebih lanjut serpihan disyaki dari bangkai pesawat yang dijumpai di wilayah di selatan Thailand.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pada 29 Januari tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.
Topic Berkaitan
#DCA
#Fugro Discovery
#jacc
#MH370
#misi mencari MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan