LONDON: Menteri Britain yang dipecat, Suella Braverman melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri dengan menuduh Rishi Sunak mengkhianati beliau dan negara, pada Selasa.

Pada Isnin, Braverman mendiamkan diri selepas dipecat tetapi menerbitkan surat kepada Sunak yang boleh menandakan permulaan kempen untuk menggantikannya jika Konservatif kalah dalam pilihan raya dijangka tahun depan.

Beliau menuduh Sunak mengingkari janji untuk melakukan "apa sahaja yang diperlukan" bagi menghentikan bot dan penghijrahan haram.

Braverman juga berkata, Sunak memungkiri beberapa siri janji yang dibuat supaya beliau akan berkhidmat di bawah Sunak sebagai Perdana Menteri.

Tegas Braverman, seseorang perlu jujur dan pelan Sunak tidak berfungsi malah telah mengalami kekalahan pilihan raya.

Braverman turut menggesa Sunak mengakui telah gagal dan kesuntukan masa justeru haluan perlu diubah dengan segera.

Braverman merujuk kepada kekalahan Konservatif dalam undi tempatan di bawah pimpinan Sunak.

Braverman dipecat oleh Sunak pada Isnin selepas beliau menuduh polis melakukan 'double standard' dalam protes pro-Palestin.

Beliau juga mengkritik cara Sunak mengendalikan protes pro-Palestin.


Braverman serang Sunak sebagai gagal dan lemah