awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil, Interpol musnahkan 277 kapal korek lombong emas haram dalam operasi di Amazon

Bernama
Bernama
04/11/2025
08:45 MYT
Brazil, Interpol musnahkan 277 kapal korek lombong emas haram dalam operasi di Amazon
Lebih 100 pegawai terlibat dalam operasi bersepadu itu yang turut disertai pasukan keselamatan dari Bolivia, Colombia, Guyana, Peru dan Suriname. - Gambar/ FB Interpol HQ
RIO DE JANEIRO: Polis Persekutuan Brazil dengan sokongan Interpol melancarkan operasi besar-besaran menentang kegiatan perlombongan emas haram di hutan Amazon dengan memusnahkan ratusan kapal korek yang digunakan kumpulan jenayah, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • Polis Brazil bersama Interpol lancarkan operasi menentang perlombongan emas haram di hutan Amazon dengan memusnahkan 277 kapal korek bernilai kira-kira US$7 juta di Sungai Madeira.
  • Lebih 100 pegawai dari beberapa negara turut serta dalam operasi tersebut, dianggarkan kerugian ekonomi akibat aktiviti haram mencapai US$193 juta termasuk kerugian hasil dan kerosakan alam sekitar.
  • Perlombongan emas haram di Amazon menjadi ancaman besar terhadap alam sekitar disebabkan penebangan hutan, pencemaran sungai, dan keracunan merkuri; operasi ini merupakan langkah pertama di bawah Pusat Kerjasama Polis Antarabangsa Amazon untuk melindungi hutan Amazon.

Polis memusnahkan sebanyak 277 kapal korek di sepanjang Sungai Madeira yang dianggarkan bernilai kira-kira US$7 juta, menurut kenyataan Interpol.
Lebih 100 pegawai terlibat dalam operasi bersepadu itu yang turut disertai pasukan keselamatan dari Bolivia, Colombia, Guyana, Peru dan Suriname.
Jumlah kerugian ekonomi akibat aktiviti haram itu dianggarkan mencecah sekitar US$193 juta, termasuk kerugian hasil serta kerosakan alam sekitar.
Operasi terbabit merupakan misi pertama yang diselaras di bawah Pusat Kerjasama Polis Antarabangsa Amazon (CCPI Amazonia) yang berpangkalan di Brazil.
Pusat itu ditubuhkan bagi memperkukuh siasatan rentas sempadan dan perkongsian risikan antara negara-negara di rantau Amazon dalam usaha memerangi jenayah alam sekitar.
"Operasi ini menandakan babak baharu dalam usaha bersama kita melindungi hutan Amazon," kata Setiausaha Agung Interpol Valdecy Urquiza.
Perlombongan emas haram merupakan antara ancaman alam sekitar terbesar di Amazon, disebabkan penebangan hutan, pencemaran sungai serta keracunan merkuri.
Kumpulan alam sekitar menganggarkan ribuan lombong haram masih beroperasi di Brazil sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#Sungai Amazon
#lombong emas haram
#Interpol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan