awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil sahkan kes pertama varian Omicron di Amerika Latin

Bernama
Bernama
01/12/2021
15:02 MYT
Brazil sahkan kes pertama varian Omicron di Amerika Latin
Seorang pengembara yang tiba di Sao Paulo dari Afrika Selatan dan isterinya, yang tidak menyertai perjalanan itu, disahkan positif varian baharu itu. - Foto AP
BUENOS AIRES: Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19, menandakan kes pertama yang disahkan di Amerika Latin, lapor Agensi Anadolu.
Seorang pengembara yang tiba di Sao Paulo dari Afrika Selatan dan isterinya, yang tidak menyertai perjalanan itu, disahkan positif varian baharu itu, kata ANVISA dalam satu kenyataan.
Pengembara itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo pada 23 November dengan keputusan negatif COVID-19, tetapi pasangan itu disahkan positif sebelum perjalanan pulang yang dirancang.
Sampel daripada individu dengan varian Omicron akan dihantar ke Institut Adolfo Lutz untuk analisis lanjut, tambah kenyataan itu.
Pengembara itu tiba di Sao Paulo sebelum Brazil menutup sempadannya dengan Afrika Selatan dan lima negara Afrika selatan yang lain pada Jumaat dalam usaha menghalang penyebaran varian COVID-19 baharu.
Brazil melaporkan jumlah kematian berkaitan COVID-19 tertinggi di dunia selepas AS.
Jumlah keseluruhan kes negara itu kini melebihi 22 juta manakala jumlah kematian mencecah lebih 614,000.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#COVID-19
#varian baharu
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan