awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil siasat hadiah barangan kemas RM14.3 juta dari Arab Saudi kepada Bolsonaro

Agensi
Agensi
06/03/2023
23:17 MYT
Brazil siasat hadiah barangan kemas RM14.3 juta dari Arab Saudi kepada Bolsonaro
Menteri Kehakiman Brazil mengarahkan polis untuk menyiasat bekas Presiden negara itu, Jair Bolsonaro (gambar) yang didakwa menerima hadiah barangan kemas bernilai AS$3.2 juta (RM14.3 juta) daripada Arab Saudi.
BRASILIA : Menteri Kehakiman Brazil, Flavio Dino pada Isnin mengarahkan polis untuk menyiasat bekas Presiden negara itu, Jair Bolsonaro yang didakwa menerima hadiah barangan kemas bernilai AS$3.2 juta (RM14.3 juta) daripada Arab Saudi.
Portal berita antarabangsa melaporkan, arahan itu dikeluarkan bagi menyiasat barangan kemas seperti rantai berlian, cincin, jam tangan, subang yang dihadiahkan kepada Bolsonaro dan isterinya, Michelle Bolsonaro.
Kesemua hadiah yang diterima pasangan itu, bagaimanapun, telah disita oleh jabatan kastam dan cukai negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paolo pada 2021.
Barangan kemas jenama Chopard dari Switzerland yang tidak diisytihar itu ditemukan dalam beg galas seorang pegawai kerajaan yang sebaik pulang dari Riyadh bersama-sama dengan Menteri Tenaga Brazi, Laksamana Bento Albuquerque.
Kedutaan Arab Saudi, bagaimanapun, dilaporkan tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu.
Bolsonaro yang berlepas ke Amerika Syarikat dua hari sebelum penggal pentadbirannya berakhir pada Disember lalu, menafikan terlibat dalam dakwaan salah laku, namun, penggantinya, Presiden Luiz Inacio da Silva telah mengeluarkan arahan agar siasatan dilakukan.
Siasatan yang dilakukan pihak berkuasa berupaya mengheret Bolsonaro ke muka pengadilan sebaik beliau kembali ke tanah air.
Bahkan, Bolsonaro juga akan disiasat atas dakwaan menghasut sehingga berlaku protes dalam kalangan penyokongnya berikutan kritikan keras di atas sistem pengundian elektronik selepas beliau tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.
Pengkritik Bolsonaro berkata, segala hadiah diterima oleh Presiden tidak boleh diambil bagi pihak diri sendiri, sebaliknya, perlu menjadi milik negara.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Arab Saudi
#Presiden Jair Bolsonaro
#barangan kemas Chopard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan