awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
Persempadanan darat Malaysia-Indonesia masih dalam rundingan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brexit: Kesatuan Eropah desak rundingan diteruskan

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2020
22:00 MYT
Brexit: Kesatuan Eropah desak rundingan diteruskan
Menurut ketua perunding EU, Michel Barnier, rundingan pusingan baharu wajar mensasarkan untuk mencapai satu persetujuan menjelang hujung Oktober. - seeklogo
PEMIMPIN blok Eropah mendesak rundingan pasca Brexit diteruskan melangkaui tarikh akhir yang dicadangkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.
Blok itu turut mendesak United Kingdom melaksanakan langkah perlu supaya satu perjanjian dapat dimuktamadkan.
Menurut ketua perunding EU, Michel Barnier, rundingan pusingan baharu wajar mensasarkan untuk mencapai satu persetujuan menjelang hujung Oktober.
“Saya berharap minggu depan kita berada dalam kedudukan peringkat akhir rundingan, namun kami bekerja keras dan sedia sejak Isnin dengan pasukan kami di London,” katanya.
UK dalam pada itu kecewa dengan pendekatan EU.
Menurut Ketua Perundingnya, David Frost, EU tidak boleh sekadar mengharap kompromi dari sebelah pihak semata-mata.
Kedua-dua pihak sebelum ini mendesak kompromi dalam beberapa isu utama, termasuk perikanan dan subsidi terhad kepada perniagaan.
Perjanjian ini akan menjamin kelangsungan hubungan perdagangan pasca tamat tempoh peralihan Brexit Disember ini.
Dalam kenyataan selepas rundingan, EU memaklumkan kedua-dua pihak berjaya mencapai perkembangan signifikan, namun ia tidak cukup untuk memeterai satu perjanjian muktamad.
Topic Berkaitan
#EU
#Brexit
#Britain
#Boris Johnson
#United Kingdom
#Michel Barnier
#David Frost
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan