awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Kebangkitan lewat Sabah FC gagal sekat kemenangan Kelantan TRW
Republikan ikrar tahan Bill Clinton atas tuduhan menghina Kongres
Pendakwa raya tuntut hukuman mati terhadap bekas presiden Korea Selatan, Yoon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BRICS platform penting bagi kerjasama di tengah ketidakpastian geopolitik

Bernama
Bernama
13/01/2026
21:15 MYT
BRICS platform penting bagi kerjasama di tengah ketidakpastian geopolitik
BRICS ditubuhkan pada 2009 oleh Brazil, Rusia, India dan China, dengan Afrika Selatan menyertai pada 2010. Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Indonesia dan Iran kemudiannya menyertai, menjadikan jumlah anggota 11 negara.
NEW DELHI: Blok BRICS kekal sebagai platform "penting" yang menggalakkan "dialog dan kerjasama serta tindak balas praktikal" di tengah-tengah "ketidakpastian geopolitik", kata Menteri Luar India S. Jaishankar pada Selasa.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), Jaishankar turut memperkenalkan logo BRICS dan melancarkan laman web BRICS di New Delhi sempena kepengerusian India bagi blok itu pada 2026.
"Situasi global sekarang secara tidak langsung meletakkan pelbagai masalah yang kompleks dan saling berkait di hadapan kita, termasuk ketidaktentuan geopolitik, landskap ekonomi yang rumit, risiko berkaitan iklim, perubahan teknologi, serta jurang pembangunan berterusan yang terus menjejaskan negara di pelbagai wilayah," kata Jaishankar.
Beliau menambah: "Dalam konteks ini, BRICS kekal sebagai forum penting yang menggalakkan dialog, kerjasama dan respons praktikal, dengan mengambil kira keutamaan negara anggota pada peringkat pembangunan masing-masing."
Jaishankar berkata India mendekati kepimpinannya dalam blok tersebut dengan "pendekatan mengutamakan kemanusiaan dan berorientasikan rakyat", dan tema tahun ini mencerminkan "keyakinan bahawa kerjasama dalam kalangan anggota BRICS dapat menangani cabaran bersama secara seimbang dan inklusif."
Beliau menegaskan bahawa "pada ketika dunia berdepan pelbagai cabaran kompleks, gesaan untuk memperbaharui sistem multilateralisme yang inklusif dan berkesan tidak pernah begitu mendesak."
"BRICS mesti komited kepada multilateralisme yang diperbaharui untuk mencerminkan realiti semasa, termasuk memastikan institusi seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia), IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia lebih mewakili dan inklusif," kata Jaishankar sambil menambah bahawa India akan memastikan kepengerusiannya "inklusif, praktikal, berpusatkan rakyat dan berorientasikan hasil."
BRICS ditubuhkan pada 2009 oleh Brazil, Rusia, India dan China, dengan Afrika Selatan menyertai pada 2010. Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Indonesia dan Iran kemudiannya menyertai, menjadikan jumlah anggota 11 negara, selain 10 negara rakan strategik.
Blok ini bertujuan mewujudkan mekanisme kewangan alternatif, mengurangkan kebergantungan kepada dolar, dan meningkatkan perwakilan Selatan Global dalam institusi antarabangsa, sekali gus mencabar struktur tadbir urus yang diterajui Barat.
Pada 2025, Brazil mengetuai blok berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BRICS
#ketidakpastian geopolitik
#kerjasama ekonomi
#Menteri Luar India S Jaishankar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan