awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Britain lancar serangan terhadap Houthi di Yaman

Agensi
Agensi
12/01/2024
01:40 MYT
AS, Britain lancar serangan terhadap Houthi di Yaman
Foto dikeluarkan Kementerian Pertahanan UK pada 10 Jan 2024, diambil dari jambatan HMS Diamond, menunjukkan peluru berpandu Sea Viper ditembak di Laut Merah. (Foto AP)
AMERIKA Syarikat dan Britain melancarkan serangan terhadap kawasan yang dikaitkan dengan pergerakan Houthi di Yaman, pertama kali sejak kumpulan yang disokong Iran itu mula menyasarkan perkapalan antarabangsa di Laut Merah lewat tahun lepas.
Ketika saksi di Yaman mengesahkan letupan di seluruh negara kepada Reuters, Presiden Joe Biden memberi amaran dalam satu kenyataan lewat Khamis beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya, jika perlu.
"Serangan yang disasarkan ini adalah mesej jelas bahawa Amerika Syarikat dan rakan-rakan kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan ke atas kakitangan kami atau membenarkan pihak-pihak yang bermusuhan menjejaskan kebebasan pelayaran," kata Biden.
Serangan diarahkan Biden sebagai reaksi balas ke atas serangan Houthi terhadap kapal maritim di Laut Merah.
Kementerian Pertahanan Britain berkata dalam satu kenyataan, "petunjuk awal mengesahkan keupayaan Houthi untuk mengancam kapal pedagang telah terjejas."
Seorang pegawai Houthi mengesahkan "serbuan" di ibu negara Sanaa, bandar Saada dan Dhamar, serta di wilayah Hodeidah, sambil menyifatkannya sebagai "pencerobohan Amerika-Zionis-British."
Serangan yang berterusan itu merupakan salah satu demonstrasi paling dramatik setakat ini susulan meluasnya serangan Israel ke atas Hamas di Timur Tengah sejak ia meletus pada Oktober.
Menurut laporan CNN, serangan turut disokong sekutu Washington iaitu Australia, Bahrain, Kanada dan Belanda.
Dalam kenyataan dikeluarkan White House, Biden memaklumkan tidak akan teragak-agak mengarahkan serangan tambahan, untuk menjamin keselamatan kawasan perairan di Laut Merah daripada serangan puak Houthi.
Ia dilaporkan dilancarkan dari jet pejuang dan peluru berpandu Tomahawk.
Tindakan itu meningkatkan kebimbangan berkaitan ancaman di kawasan perairan paling kritikal di dunia itu, serta meningkatkan risiko perang Israel-Hamas merebak ke negara serantau.
[TERKINI] AS & tentera sekutu lancar serangan ke atas puak Houthi
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Houthi
#Yaman
#Laut Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan