awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain laporkan dua kes jangkitan penyakit cacar monyet

Agensi
Agensi
11/09/2018
21:27 MYT
Britain laporkan dua kes jangkitan penyakit cacar monyet
Cacar monyet adalah jangkitan viral yang sangat jarang terjadi dan suka untuk disebarkan dari manusia ke manusia lain. - www.who.int
Dua orang di Britain telah didiagnosis dengan jangkitan yang sangat jarang berlaku iaitu penyakit cacar monyet, dalam dua kes berasingan.
Reuters melaporkan, kedua-dua kes itu dipercayai ada kaitan dengan mereka yang membuat perjalanan ke Afrika Barat.
Pihak berkuasa kesihatan Public Health England (PHE) berkata kes kedua itu melibatkan seorang pesakit yang telah ke Nigeria. Pesakit itu kini dirawat di pusat pakar respiratori bagi penyakit berjangkit di Liverpool.
Kes pertama pula, juga membabitkan mangsa yang pulang dari Nigeria, telah didiagnosis minggu lalu di Cornwall dan kini menerima rawatan di London.
Cacar monyet adalah jangkitan viral yang sangat jarang terjadi dan sukar untuk disebarkan dari manusia kepada manusia lain.
Meskipun cacar monyet tidak seteruk cacar biasa dan boleh dirawat dalam tempoh beberapa minggu, ia boleh membawa maut dalam kes-kes tertentu.
Salah seorang timbalan pengarah di PHE, Nick Phin, berkata virus cacar monyet dipercayai sedang merebak di Nigeria selepas berlakunya wabak besar pada 2017.
Ia sekali gus memberi ancaman jangkitan kepada mereka yang pernah ke negara itu dan kemudian kembali ke Britain.
Topic Berkaitan
#Britain
#cacar monyet
#jangkitan
#Nigeria
#penyakit
#rawatan kesihatan
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan