awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2024
23:40 MYT
Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine
Britain mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 225 juta pound untuk Ukraine pada tahun depan, termasuk bantuan dron, bot dan sistem pertahanan udara. - Foto fail/REUTERS
BRUSSELS: Britain mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 225 juta pound (RM1.27 bilion) untuk Ukraine pada tahun depan, termasuk bantuan dron, bot, dan sistem pertahanan udara.
Langkah tersebut dibuat selepas Menteri Pertahanan Britain, John Healey, melawat Kyiv bagi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Rustem Umerov dan berikrar untuk meningkatkan sokongan kepada Ukraine pada 2025.
Katanya, tiga tahun selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine, kesilapan besar beliau semakin jelas apabila rakyat Ukraine yang berani terus menongkah arus dengan semangat mereka yang tidak tergugat.
Julai lalu, Kerajaan baharu pimpinan parti buruh berikrar untuk memperuntukkan 3 bilion pound setahun dalam bantuan ketenteraan kepada Ukraine sehingga tahun 2030-2031.
Pakej baharu tersebut merangkumi 92 juta pound untuk kelengkapan memperkukuhkan tentera laut ukraine termasuk bot kecil, dron peninjau, dan kenderaan permukaan tanpa pemandu.
Selain itu, 68 juta pound akan digunakan bagi kelengkapan pertahanan udara seperti radar, manakala 39 juta pound diperuntukkan untuk membekalkan 1,000 sistem peperangan elektronik anti-dron kepada tentera Ukraine.
Healey turut memaklumkan Britain akan meningkatkan program latihan untuk tentera ukraine yang dijalankan bersama sekutu utama di tanah Britain, dikenali sebagai operasi interflex.
Sejak pertengahan 2022, program itu telah melatih seramai 51,000 rekrut.
Umerov turut mengucapkan terima kasih kepada Britain atas sokongan yang berterusan, sambil menyatakan penghantaran peluru, khususnya untuk artileri, adalah kritikal dalam usaha pertahanan Ukraine.
Kedua-dua pemimpin turut mengkaji keberkesanan peluru berpandu storm shadow yang digunakan Ukraine, namun butiran lanjut tidak didedahkan.
November lalu, Britain memberikan lampu hijau kepada Kyiv untuk menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang dibekalkan terhadap sasaran di dalam Rusia.
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Vladimir Putin
#Britain
#John Healey
#Rustem Umerov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan