Trump jemput Presiden Colombia ke White House selepas ancam operasi ketenteraan

Panggilan telefon di antara Trump (kanan) dan Petro (kiri) disifatkan sebagai langkah meredakan ketegangan diplomatik antara kedua negara. -Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menjemput Presiden Colombia, Gustavo Petro, ke White House hanya beberapa hari selepas mengancam laksanakan tindakan ketenteraan terhadap negara itu dan menuduh Petro terlibat dalam pengedaran dadah.
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menjemput Presiden Colombia, Gustavo Petro, ke White House selepas mengancam tindakan ketenteraan terhadap Colombia berikutan dakwaan terlibat dalam pengedaran dadah.
- Panggilan telefon antara Trump dan Petro disifatkan sebagai langkah meredakan ketegangan diplomatik antara kedua negara.
- Petro menegaskan Colombia tidak akan tunduk kepada tekanan luar serta menolak campur tangan ketenteraan, manakala analisis melihat perubahan nada Trump sebagai strategi geopolitik di Amerika Latin menjelang pilihan raya presiden AS.
“Satu penghormatan besar untuk berbicara dengan Presiden Colombia, Gustavo Petro, yang menghubungi saya untuk menjelaskan situasi dadah dan perbezaan yang kami hadapi.
"Saya menghargai panggilan dan nada beliau, dan menantikan pertemuan kami di White House dalam masa terdekat,” kata Trump.
Panggilan itu merupakan komunikasi pertama sejak Trump mengancam kemungkinan operasi ketenteraan di Colombia, susulan tindakan AS menahan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, dalam serbuan dramatik di Caracas hujung minggu lalu.
Ancaman tersebut mencetuskan kemarahan Petro, yang menyeru rakyat Colombia turun ke jalan mempertahankan kedaulatan negara.
Ribuan penyokong Petro dilaporkan berhimpun di Bogotá dan beberapa bandar utama.
Petro menegaskan Colombia tidak akan tunduk kepada tekanan luar dan menolak sebarang campur tangan ketenteraan.
Namun, panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin dilihat sebagai usaha meredakan ketegangan diplomatik.
Tarikh rasmi pertemuan di White House belum diumumkan, tetapi sumber diplomatik menjangka ia berlangsung dalam beberapa minggu akan datang.
Penganalisis antarabangsa menyifatkan perubahan nada Trump sebagai strategi mengawal naratif geopolitik di Amerika Latin selepas tindakan kontroversi terhadap Venezuela, selain mengelak konflik serantau menjelang pilihan raya presiden AS.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menjemput Presiden Colombia, Gustavo Petro, ke White House? A: Trump menjemput Petro ke White House selepas menerima panggilan telefon dari beliau bagi menjelaskan situasi berkaitan dadah dan perbezaan pendapat antara kedua-dua negara.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh Presiden Gustavo Petro susulan ancaman operasi ketenteraan dari Amerika Syarikat? A: Petro menyeru rakyat Colombia turun ke jalan mempertahankan kedaulatan negara dan menegaskan bahawa Colombia tidak akan tunduk kepada tekanan luar serta menolak campur tangan ketenteraan.
- Q: Mengapakah panggilan telefon antara Donald Trump dan Gustavo Petro dilihat sebagai usaha meredakan ketegangan diplomatik? A: Panggilan telefon tersebut dilihat sebagai usaha meredakan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara dan sebagai langkah mengawal naratif geopolitik di Amerika Latin selepas tindakan kontroversi terhadap Venezuela.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

