awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Perlis titah kerajaan negeri kukuh hubungan dengan Persekutuan, terima hakikat perlu bantuan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
08/01/2026
07:30 MYT
Raja Perlis titah kerajaan negeri kukuh hubungan dengan Persekutuan, terima hakikat perlu bantuan
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan agar kesemua ADUN di Perlis untuk tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi negeri dan rakyat. - Gambar/ Bernama
ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu hubungan antara kerajaan negeri itu dan Kerajaan Persekutuan diperkukuhkan.

Ringkasan AI
  • Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, ingin hubungan antara Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Persekutuan diperkukuh bagi memastikan pentadbiran yang lancar serta kebajikan rakyat terjamin.
  • Baginda menekankan perlunya Exco negeri berjumpa dengan pegawai-pegawai dan menteri berkaitan portfolio masing-masing untuk meminta bantuan serta pandangan demi keperluan negeri, serta mengingatkan bahawa negeri Perlis memerlukan bantuan dan kerjasama daripada pihak lain.
  • Tuanku Syed Sirajuddin juga menyeru agar semua ADUN di Perlis menitikberatkan kepentingan negeri dan rakyat melebihi kepentingan peribadi, menekankan bahawa wakil rakyat perlu menjaga rakyat tanpa mengira parti politik serta menekankan keadilan kepada rakyat sebagai keutamaan utama.

Menurut baginda, langkah itu adalah bagi memastikan pentadbiran di peringkat negeri dapat berjalan lancar selain kebajikan rakyat Perlis terus menjadi keutamaan.
"Bila ada masa, jika perlu saya minta Exco-exco pergilah berjumpa pegawai-pegawai atau menteri yang berkenaan dengan portfolio Yang Behormat, supaya dapat minta bantuan dan pandangan tentang apa yang kita perlukan.
"Kalau tidak, mereka tidak akan tahu apa yang kita perlukan. Kita minta 10... tak apa kalau dapat dua... alhamdulillah... ini minta pun tidak.
"Kita negeri Perlis, kita perlu bantuan daripada orang, jangan kata kita ini megah... tak guna dah, kita kena terima hakikat bahawa kita ini perlu bantuan," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian ketika Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Exco Kerajaan Negeri Perlis di Bilik Hijau, Istana Arau, pada Khamis.
Dalam pada itu, baginda mengingatkan agar kesemua ADUN di Perlis untuk tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi negeri dan rakyat.
Baginda turut menyeru agar kesemua mereka dapat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat di kawasan masing-masing sehingga tamat penggal pentadbiran kira-kira dua tahun lagi.
"Semasa menjadi wakil rakyat, lupakanlah parti mana tuan-tuan mewakili kerana tuan-tuan (adalah) wakil rakyat, (tugasnya) menjaga rakyat. Rakyat bukan dia kira (apa) parti apa pun, (jika) rakyat perlu bantuan kita (kena)bagi bantuan.
"Jangan ikut parti kalau ikut parti rosak. Utamakan rakyat lebih daripada parti. Senang saja, (pemimpin kena) jadi adil kepada rakyat. kalau tidak, tak payah jadi wakil rakyat, lantik orang lain," titah baginda.
Topic Berkaitan
#isu politik Perlis
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan